Wednesday, December 5, 2012

Teguran.

Dua teguran yang paling aku ingat sampai bila-bila :

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. [13:11]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku. [77:7]


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

it's enough for me.
thanks love.
^^




Monday, November 26, 2012

Jatuh.

bila diri ini jatuh lagi,
baru sedar lemah itu sifat semulajadi.
thanks love.

aku akan bangkit kembali.
insya Allah.
thanks love.

jatuh,bangkit,jatuh,bangkit,jatuh bangkit sampai mati.
phew~
it's not that easy.

Sunday, November 25, 2012

Malu.

Dear Love,
aku malu.
betul.
malu sungguh.
betul.

apapepun sebabnya,
Kau tentu tahu.

Dear Love.
thank you so much.
I love you so.

^^

Friday, November 23, 2012

Bersalah.

kau tahu tak rasa bersalah tu sakit?
lebih sakit dari rasa sedih.
lebih sakit dari rasa luka.

oh.oh.sakit.
aku tak suka merasa.
phew~

dear Love.
thanks sebab selalu teman aku bila-bila waktu.
lagi-lagi bila aku sangat perlu.
thanks love.
:)

9 Muharram 1434

Alhamdulillah.
masih lagi diberi nikmat nyawa.

Mimpi arwah paknek.
Allah, tq.
hadiah paling best untuk hari ini.
hari Jumaat.
terima kasih.
:')

haa..selamat berpuasa asyura yup.
may Allah loves us more.
:)

Monday, November 19, 2012

magic man

He's the one who are not in my wishlists but I do love him.
that's why he's my magic man!
a miracle happened there.
I guess so...

~dramatic~

Wednesday, November 14, 2012

Muharram 1434

Ahlan wasahlan ya Muharram.
kullu am wa antum bikhair.
aku vs aku setahun yang lalu.
beza itu perlu.
aku kan pastikan yang itu.

thanks love.
thanks for giving me this chance.

*hanyakauyangtahuapayangkurasa*

may Allah loves us more.
aminnn
aminnn
aminnn
^_^

Sunday, November 11, 2012

Thursday, November 8, 2012

Berani

Dear Love.
aku perlu berani itu.
tolong beri pada aku.
kau tahu apa yang aku perlu.
kau tahu apa yang aku mahu.

Friday, November 2, 2012

Syair Perahu

 SYAIR PERAHU-Syaikh Hamzah Al-Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan dayungnya
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca dalam versi Aslinya)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.



- I got it. thanks love-

Thursday, October 18, 2012

Coding.

assalamualaikum wbt.

          Dah lama tak merapu di sini. background music blog ni kelakar. haha. *sendiri pilih kut* Walau apapun, best. sebab relax bila aku dengar. ^^

          Tentang coding tu, aku baru belajar semesterr ni. alhamdulillah. seronok. sangat best walaupun agak *sakit* untuk menghasilkannya. buat command..bla.bla.bla... number theory pun tak pasal-pasal ada crypto. yang bestnya pasal ini pun sebab dia punya secret code. yes! i'm using it.

          *harap sangat aku akan terus stop sebab dah guna itu kod* Stop mcm aku stop letak dp, stop mcm aku stop guna im, stop mcm aku nk stop buat semua. insya Allah, aku cuba. cuba.dan cuba lagi. sampai bila? sampai syurga aku punya. ^^

-thanksLOVEforguidingMEalltheway-

Thursday, October 4, 2012

Konvokesyen

harini best.
tu je yang aku nak beritahu.

alhamdulillah.
thank you Allah.
^^

Tuesday, October 2, 2012

Oktober

bismillahirrahmanirrahim.

bila oktober datang lagi,
mulalah meroyan diri ini.
hihi.

Allah.
Allah.
Allah.

itu saja yang aku sebut bila tak kuat pun.
terima kasih sebab sentiasa ada di sisi.
terima kaih sebab memahami.
terima kasih sebab menyinari diri ini.
'nawwir qulubana ya Allah'

Allah.
apa yang jadi dengan oktober sebenarnya?

banyak!

birthday mama.
birthday arwah maknek
birthday udak.
birthday bla.bla.bla.

how about tragedy?
tragedi oktober? 
macam awie nyanyi?

itu mungkin ada.
nope.
memang ada.

Allah.
andai aku diberi peluang untuk doa dimakbulkan,
aku pinta untuk padam memori pasal tragedi oktober ni.
sungguh.
bila pikir sorang-sorang, aku tak mampu, tak sanggup, lemah, longlai. macam-macam ada.

Allah.
mungkin itu kenangan manis yang tiba-tiba pahit.
mungkin.
eh, memang!
haha.

Allah.
macam yang selalu pikir,
ini mesti ada hikmah.
ini mesti ada tujuan.
dan untuk itu, aku rasa amat bersyukur padaMu.
kerna hadiahkan aku kenangan itu.
Alhamdulillah.

sebab dari itu, aku belajar.
belajar untuk kuat.
kuat.
dan jadi lebih kuat.
insya Allah.

Allah,
kalau boleh nak minta untuk aku lupakan dia.
boleh tak?
sobs.
sabar.

Allah.
Allah.
Allah.
terima kasih temukan akudengan manusia yang hebat mcm dia.
yup.
hebat di mata aku.
kerna berjaya menumpaskan sa-orang nur hamiza.
fuh.
hebat.

Allah.
semoga dia sentiasa Kau rahmati, Kau sayangi.
mungkin kami dapat jumpa di syurga.
mungkin.
-hanyaKauyangtahu-

siapa dia?
-rahsia-

okay dah abis.
chill.
entry last tentang dia.
-oktober masih menjadi saksi-

may Allah bless us.
guide us all the way.
insya Allah.
^^

Thursday, September 27, 2012

Biarlah

Biar aku derita,
asalkan kau ada.

Biar aku ditinggalkan mereka,
asalkan kau sentiasa bersama.

biarlah.
biarlah.
biarlah.

asalkan aku tahu kau ada.
cukup.

------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.
banyak belajar hari ini.

pagi-pagi dah risau.
risau buat aku berusaha.
terima kasih.

dah datang tak tahu apa-apa,
banyak silap yang aku cipta.
sebab silap, aku belajar yang betul.
terima kasih.

dah hepi-hepi sebab dah tahu,
terima pula kisah tak best.
sebab kisah itu, aku jadi redha.
terima kasih.

dah hantar email,
baru dapat kisah hepi balik.
mulalah fikir kenapa lah hantar email tadi.
tapi bila fikir itu juga namanya usaha,
aku jadi hepi semula.
terima kasih.

dah kontek balik,
nak tinggalkan.
baiklah, aku sanggup.
asalkan kau ada.
terima kasih.

bila aku sendiri,
mereka yang datang lagi.
ingatkan aku lagi.
terima kasih.

too many things you'd given me.
Allah, malu.
............

thanks love.
be with me all the way.

may Allah bless us.
guide us all the way.
^^

Tuesday, September 25, 2012

Terima Kasih Sayang

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud padaMu

------------------------------------------------------

kelam.
kosong.
malap.
suram.
sepi.

biar semua berlalu pergi.

terima kasih ya Allah.
beri aku peluang lagi.

terima kasih atuk.
kau biarkan aku mencari-cari.

terima kasih pada semua.
kerna setiap anda itu memberi makna.

kenapa aku suka berjalan?
kerna dari situ aku belajar tentang kehidupan.
kerna dari situ aku mengenal tentang Tuhan.
kerna ijazah terbaik datangnya dari jalanan.

peduli Dia kata.
bukan mereka kata.

sekian.
may Allah bless us.
guide us all the way to His Jannah.
insya Allah.

^^




Friday, September 21, 2012

5 Zulkaedah 1433

Alhamdulillah.
Allah beri kesempatan untuk hidup di hari ini.
Alhamdulillah.


manusia.
dulu,kini, dan selamanya.
tidak semestinya sama.
mesti ada yang beza.
sama ada menjadi lebih bermakna atau sebaliknya.
itu semua pilihan manusia.
* yangakubelajarhariini *

pagi-pagi dah rasa risau nak mngadap lecturer.
tiba-tiba lain pulak jadinya.
rasa risau hilang terus.
alhamdulillah.

software c++ dah amik.
settle. tinggal belajar sendiri.
alhamdulillah.

kol tuan rumah cakap pasal surat2.
settled.
alhamdulillah.

belajar untuk berani mengawal diri.
alhamdulillah.

dapat makan,minum.
alhamdulillah.

ayah kol, pesan perkara yang sama lagi.
alhamdulillah.
sobs.

duduk muhasabah lagi.
alhamdulillah.

may Allah bless us.
loves us more.
aminn..
^^

Thursday, September 20, 2012

oh snap!

A woman would be much better off if she could distinguish the difference between a man that flatters her and a man that compliments her. A man that spends money on her and a man that invests in her. A man that views her as property and a man that views her properly. A man that lusts after her and a man that loves her. A man that believes he is God's gift to women and a man that REMEMBERS a woman was God's gift to man. 


* Know your self worth. God doesn't make junk, God makes jewels. *

Wednesday, September 19, 2012

Pengsan.

-how far is your belief. you, yourself decide it-

patah tumbuh,
hilang berganti.
jika belum patah, asyik menumbuh,
apa nak jadi?
* terima saja dengan senang hati *

oh pentas duniawi.
kau sangat misteri.
penuh teka teki.
bukan mudah untuk difahami.

Tuesday, September 18, 2012

LIAR.

you.
you.
you.
hey LIAR!

sekali kau menipu aku,
tiada kali kedua untuk dapat percaya aku.

this is the rule of my life.
jauhkan diri dari si penipu
-simple-

sekali anda menipu, pasti menipu lagi.
dan itu yang boleh bikin aku benci.

hey liar!
nyah kau dari hidupku.

-sekian-

*bukan dapat pahala pun dengan menipu*

may Allah bless us.
may Him guide us all the way.
aminnn...

Hilang Naluri.

Mawah merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan
Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku ooh

(matilah kau)

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia ooh

-------------------------------------------------------------------------------------------------

wah.
wah.
lirik dia boleh menyentak manusia.
best bila hilang naluri.
em, mungkin.

dear love,
please don't let me leaving you.
^^

Monday, September 10, 2012

Ayat Best.

- Seperti dihantuk dengan titanium.
- Orang tamak, selalu untung.
- Tears are word that heart can't say
- Kesilapan membentuk diri kita.
- Don't choose a better guy. Choose the guy that make you a better girl.
- Hati orang, mana kita boleh baca.
- Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat juga tujumu. [Hamzah al-fansuri]
- Kalau awak nak pergi, tinggalkan saya dengan kejam. Biar senang saya lupakan awak. 
   Saya tak menolak awak nak pergi, saya tak tunggu awak nak datang.

haha. the BOLD one, aku belum berani lagi nak cakap dengan manusia. tapi tu yang sangat best. memang berani yang pernah cakap sebegitu.

*best ayat tu. boley sebut selalu. nais2*

notakaki: iniyangakudengarrandomly.sekian.

Pikir Semula

yang baik tu datang dari Allah.
yang buruk tu memang dari kita.
ada masalah?mahu bangkang?
duduk diam-diam, pikir semula.

harini, setiap hari, bila-bila pun.
ada yang baik, ada yang buruk, 
ada yang sentiasa baik, ada yang sentiasa buruk.
duduk diam-diam, pikir semula.

semua yang baik itu, Allah punya kurnia.
semua yang buruk itu, balasan dariNya.
itu semua, semua itu, sebab diri kita.

oh Allah,
alhamdulillah atas semua yang Kau beri padaku untuk hari ini.
ya, manis sekali.
ada yang baik, ada yang buruk.
oh, yang baik itu...gembira terasa.
oh, yang tidak itu, terluka jiwa.

maafkan aku ya Allah.
kadang aku lupa seketika.
terima kasih beri aku duduk diam-diam, pikir semula.
terima kasih.

may Allah loves us more and more.
^^

Sunday, September 9, 2012

PUTUS

tak perlu lagi macam dulu



Entah harus darimana ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu, dari jauh lubuk hatiku
Bukan, bukan keinginanku tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan, aku takut menyakitimu

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

---------------------------------------------------------------------------------------------

sangat sesuai ayat-ayat tersebut.

dear love, 
you know what i mean.
please let them know.
please.
please.
i'll wait for it.
thanks love.
i love you so.

Thursday, September 6, 2012

Mimpi Indah.

Alhamdulillah.
terima kasih Allah.
Kau beriku mimpi indah.

Allah,
I miss them a lot!
damn much.
huhuhu.

di mana lah mereka sekarang ye.
such a valuable memories thou.
aku x pernah boleh nak padam memori itu kecuali kau yang padamkan untuk aku.
semoga anda-anda berbahagia sentiasa.

O Allah,
dapatkah aku berjumpa mereka di dunia ini?
oh, tidak mengapa jika kami boleh berjumpa di syurga nanti.
insya Allah.

may Allah bless us.
aminnn...

oh rahsia dan pelik.
saya rindu anda-anda tau!
^^

Tuesday, September 4, 2012

aku pun tak menahu

sampai bila ini semua harus berlaku?
aku pun tak menahu.

dear love.
don't let me leaving you.
please.
please.
please.

Monday, September 3, 2012

need strength

Allah,
i'm not strong enough.
please forgive me.
make me strong.
i'll do it all over again.

Allah.
Allah.
Allah.
Thank you.

Wednesday, August 29, 2012

Jigsaw Puzzle Vs Life

YOU, yourself decide it!



Life is kinda jigsaw puzzle.
if you fail to solve it, it'll mess you up.
if you succeed, you'll live happily.

Sunday, August 19, 2012

Hadiah Dari Tuhan.

pada aku,
Ramadhan itu hadiah berharga dari Tuhan.

pada aku,
Syawal itu ganjaran lumayan buat pencinta Ramadhan.

kullu am wa antum bikhair.

-taqabbalallahu minna waminkum-

maaf zahir batin.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Friday, August 3, 2012

Jumaat, 15 Ramadhan

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Ya Allah,
jadikanlah hari ini antara Jumaat yang terbaik untuk kami.
Insya Allah.
Aminn.

Thanks love.  You're giving me too many things  Thank you damn much.
I love You so.

Thursday, August 2, 2012

Suatu Masa

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

suatu masa
kau akan rasa apa yang ku rasa.
rasa yang hanya Dia yang tahu saja.


terima kasih kekasih.
moga suatu masa itu muncul juga.

rasa itu,
perit,
sakit,
pahit.

tapi aku suka rasa itu.
bikin aku ingat pada Yang Satu.
^^



Tuesday, July 31, 2012

11 Ramadhan 1433



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu akbar.

1/3 Ramadhan telah berlalu.
Apa yang telah ku lakukan?
Hanya Allah yang tahu.

Ya Allah,
aku mohon.
jangan biarkan diri ini jauh dariMu.
Amiiinn...

semoga 20 Ramadhan kami ini lebih baik dari 10 yang telah berlalu pergi.
insya Allah.
aminnn...

hadiah hari ini:

-Jangan Putus Asa
-Lagu best
-Selawat jom

okay. may Allah loves us more. insya Allah.Aminn.. ^^


Sunday, July 29, 2012

Yaadein.



Yaadein.Yaadein.Yaadein.
no one can erase them.
only Him.
yup. The Only one.

Ya Allah.
terima kasih. terima kasih. terima kasih.
Kau sedarkan aku tentang ini.
pernah. 
aku memang pernah cuba mahu buang kenangan.
mahu tinggalkan mereka di belakang.
mahu remove,delete permanently.
tapi bila aku ingat padaMu.
aku tahu aku takkan boleh lakukan itu.
sewenang-wenangnya melupakan.
sesuka hati membunuh ingatan.

subhanallah.
makin aku mahu hilangkan,
makin kenangan itu datang.
subhanallah.
Allahuakbar.
buat aku kagum terus padaMu ya Allah.

terima kasih sebab beri hati ini tenang lagi.
terima kasih.
jika tidak kerna Engkau,
aku takkan mampu nak hadapi semua ini lagi.
sungguh.
aku dah rasa tak mampu tadi.
alhamdulillah.
cuma tadi.
alhamdulillah.

alhamdulillah.
terima kasih beri aku kuat lagi.
terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
sampai bila-bila hingga akhir nafasku.

Allah, sweetnya.
^^

semoga aku dapat jumpa mereka di syurga. 
insya Allah.
-itu harapan aku selalu bila rindu-

Thursday, July 26, 2012

Hati itu Allah yang Punya

bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah. harini dapat berita gumbira. apa yang aku dan hasbi plan haritu bakal menjadi kenyataan. alhamdulillah...ya Allah. dipermudah urusan itu. sungguh. Engkaulah si pembolak-balik hati. Engkaulah pemilik hati-hati kami. Engkaulah yang menggerakkan hati kami. alhamdulillah. aku akan pergi. insya Allah. hanya dengan izinMu ya ILahi. ^^

Tentang Kucing

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Allah bagi ilmu lagi hari ini.
entah sejak bila aku kurang manjakan kucing.
Alhamdulillah.
Lepas bonda sahabatku berkata begini: Rasulullah SAW suka kucing.
 aku jadi sensitif dengan isu ni.
Alhamdulillah.
Allah beri kembali rasa berani nak manjakan kucing ni.

hey Nuna!
kau hebat!
kau berjaya bikin aku tersentuh.

terima kasih Allah.

hadiah hari ini:

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu akbar

kan best jika bersama Ramadhan sampai bila-bila.
^^
Alhamdulillah, Allah sampaikan aku pd Ramadhan.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

ramadhan.
hadiah dari Tuhan.
peluang dari Ilahi.
buat insan kenali diri.
sama ada insan itu,
tuan kepada nafsu
atau hamba kepada nafsu.
rebutlah peluang ini.
untuk mengenal diri.


hadiah hari ini dari Ilahi: 

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.[6:17]

sejauh manakah kebergantungan kita padaNya?
^^

Friday, July 20, 2012

bilang satu dua tiga

bilang satu dua tiga sampai lelap
aku bikin semua jadi malap

bilang satu dua tiga dan empat.
aku tahu aku masih lagi sempat

bilang satu dua tiga sampai habis
aku mahu dan mahu lagi menangis

bilang satu dua tiga sikit-sikit.
moga aku cepat-cepat bangkit.

bilang satu dua tiga sampai bosan
moga aku tidak pernah tinggalkan Tuhan.

bilang satu dua tiga empat lima
oh Tuhan, padaMu cuma aku percaya.

semoga semuanya cepat musnah
semoga doa itu sampai dengan mudah.

aminn..
aminn..
aminn..

sayang aku itu bawa manusia ke syurga
takkan pernah ke neraka.
kerna itu, makna sayang dariNya.

semoga Allah menambahkan kasih sayangNya padamu teman.
ini doa aku selalu.

Oh Love,
please don't throw away this feeling.
It's an honour for me to have it.
Thanks Love.

okay.
puas.
alhamdulillah.
^^

Tuesday, July 17, 2012

Maha Melihat.

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta ’kan pergi
Yang didamba ’kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski dengan air mata

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, July 12, 2012

Nur Ilahi




Kala senja itu tiba 
Ku termenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Ku berdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nur Ilahi.
mungkin tiba waktu kau tak sedar
mungkin wujud tanpa dipinta.
mungkin tak dilihat di depan mata.

tapi itulah
Nur Ilahi.
hanya yang dipilih mengenali.
yup
yang dipilih.
yang dipilih.

tolong.
tolong.
tolong.
tolong jangan abaikan.
jangan abaikan.
jangan abaikan.

Itulah Nur Ilahi.
anugerah dari yang Maha Tinggi.
^^



Monday, July 9, 2012

Pure Love

this was just meant to be 
you are coming back to me
`cause, this is pure love
`cause, this is pure love


thank you, love.
please don't let me leave you.
please.

Saturday, June 23, 2012

Teman Pengganti


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah

Dengarkan apa yang ku mahu luah

***

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan

Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti.

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

oh, Malique memang tak pernah buat aku kecewa dengan lirik dia.
oh, aku sedih.
tolong jangan pergi lagi.
=.=