Tuesday, July 26, 2011

RISAU sampai LEBAM

ALLAH...
aku risau
KAU tahu kenapa
memang hanya KAU yang tahu
yang lain memang takkan ada yang memahami selainMU

Ya Rabb...
bantulah aku
yang lemah
yang kerdil
yang hina ini

selalu saja lalai dengan dunia
selalu saja lupa
sampai suatu masa
baru sedar semula

Ya Latiff...
kekalkanlah kelembutan hati yang KAU beri
kekalkanlah iman yang KAU anugerahi
kekalkanlah Islam dalam diri

Ya Allah...
aku risau
sempatkah aku lakukan semua itu
layakkah aku untuk membumikannya?

Ya Allah...
aku risau
aku risau
aku risau

aku risau dengan semua
aku risau dengan mereka
aku risau dengan diri juga
sampai suatu masa,
aku tak tahu nak buat apa-apa.

Ya Allah,
ampunkan hamba.
maafkanlah hamba
kuatkanlah hamba

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

Wednesday, July 20, 2011

Tentang Si Caravansaray



Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk SI PEMBACA.


.: AKU sudah lama x update blog ini :.
.: mungkin penat, mungkin malas :. 
.: mungkin tiada idea walaupun banyak cerita :.
.: oh, terlalu banyak kemungkinan itu :.
[mengarut seketika]


The MAIN point is...AKU dengan tiba-tiba mendapat AURA.
Aura dari Si Caravansaray.
yup! CARAVANSARAY.
Dari encik Kitaro.

AKU membesar dengan rentaknya
Aku hidup dengan iramanya
JIWAku mampu disentuhnya.
[wow, Caravansaray memang hebatlah]

rentak ini namanya Caravansaray.
DULU, mase di sekolah...rentak ini sinonim dengan kesah-kesah menyentuh jiwa,
kesah-kesah membuka minda,
kesah-kesah teladan juga.

bagi AKU, rentak ini [yang kau sedang dengar] sesuai untuk bermuhasabah diri.
kenape ye?
sebab....rentak ini kena dgn jiwa.
yup..jiwa perlukan sentuhan untuk menerima deria rasa.

Mahu cuba?
Sila cari cerpen2 sedih, cerpen2 tarbiyah, kesah-kesah teladan.
Ha...ada rasa getaran jiwa?
Baguslah.
kerna apa?
kerna hati mampu dilembutkan SEMULA.
untuk apa?
untuk KEMBALI mengerdilkan diri kepadaNYA.
:)

Jika TIADA KESAN apa-apa, 
Berdoalah, mintalah, pohonlah kepadaNYA
supaya diberi HATI yang BARU pula.
Kerna, dari HATIlah bermula segala perkara.
Bila HATI sudah KERAS, anda tahulah akibatnya.
 “afala tatafakkarun“, apakah kalian tak berpikir???

ermmm..mesti ada yang terpikir begini pula
" dengar bacaan Quran lagi bagus dari dengar irama yang ntah hape2 ini "
haaa...MEMANG BETUL tu.
But then...bila dengar rentak yang seperti ini pon hati tidak rasa tersentuh,
apakah anda benar2 yakin akan tersentuh hati bila mendangar ayat-ayat cintaNYA???
Melainkan anda MEMAHAMI makna ayat2 tersebut.
100% akan 'touching' tanpa dipinta.
:)

ehemmm...
ini sebenarnya salah satu CARA untuk menguji sama ada HATI sudah BENAR2 keras 
ATAU
masih lagi wujud RUANG yang LEMBUT itu.
Bila HATI sudah LEMBUT, 
Insya Allah ada JALAN menujuNYA
bergembiralah anda seketika.
(^_^)

okay, INI cara AKU, cara kamu pula bagaimana???

..:: THE END ::..
 (^_^)v No War 
~chill~

Pesanan dari PENAJA:

Kalau nk TEST lebih berkesan, tak payah baca cerpen-cerpen/kesah2 romantis tu. CUMA sebelum MATI sekejap(tidur) , dengar MELODI ni sambil RECALL kembali apa SALAH yang KAU buat kpd TUAN kau pada hari ITU. 
TAKUT tak? TAKUT tak? Dapat Balasan yang SETIMPAL. Nice~

JIKA tidak BERHASIL, sila berusaha mencari CARA yang LAIN. Usaha itu penting. Goodluck!

 Pesanan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

* AKU ingin ke SYURGA bersama ANDA SEMUA *