Friday, June 17, 2011

DIA lagi

Ya Allah..
aku sayang DIA
Ya Allah..
bantulah DIA
Ya Allah...

Aku memang xfaham dengan rasa ini.
Kenapa aku patut rasa macam ini
Kenapa
Kenapa dan
Kenapa

Kenapa aku masih lagi sayang dia
Kenapa aku menitiskan air mata untuknya
oh kenapa

Sampai sekarang aku belum mampu bawa dia bersama
sampai sekarang aku hanya mampu melihat saja
Sampai sekarang aku tak mampu buat apa-apa

Tetapi...aku mahu sama-sama ke syurga

Ya Allah
masihkah ada peluang yang aku harapkan itu???

Hanya doa yang ku mampu titipkan untuk dia.

semoga kami sama-sama berubah Ya Allah

Amin..aminn..amin..
Ya rabbal alamin

Wednesday, June 15, 2011

Yayyyy!!!!

Aku macam nak jerit-jerit macam orang yang tak ingat apa-apa tu. cuma nak ingat pasal FB


yup! pasal FB lah


FB yang tiba2 bagi aku berita gumbira
apakah?
dari Cik Mizuno bertukar ke Cik Bayang-bayang


oh bahagianya!
mesti ade yg pelik knapa aku bahagia[tukar name je pon]


hey! hampir setahun aku menunggu saat ini okey!
dari tahun lepas aku nak tukar nama kat FB xdapat-dapat
aish~ ntah kenapa FB xbagi aku tukar nama Cik Mizuno tu
[emo kejap]


and...FINALLY~
kesabaran membuahkan hasil!
alhamdulillah...dari mode saje nk try tuka name2 tibe2 bertukar jadi mode name telah ditukar.


yay! ade chance gune NAMA SEBENAR lah utk FB camni.
tapi masa itu blom tiba.


HATI. hebatnya anda!

oh encik hati
hebatlah kau nih
bikin aku hepi
bikin tragedi
bikin aku susah hati

hai encik hati
sabarlah dgn diri
yang macam lalang ini

hai encik hati
kau telah kusakitkan
kau telah ku hancurkan
kau telah ku sesatkan
dengan dunia
oh maafkanlah diri ini

dengan hati
aku merasai
dengan hati
aku mencari
dengan hati
aku menahan diri

Ya Rabb
bantulah diri
utk menjaga hati
agar dapat ku beri hati
pada yang berhak memiliki
dengan senang hati
^^




Saturday, June 11, 2011

lagu INI

sudah beberapa hari lagu ni terngiang-ngiang di kepalaku
ntah dari ceruk mana dia muncul pun tak tahu
tak mengapalah
lagu ni best
makna menDALAM
sesuai untuk aku yang suka makan DALAM ni
weee~
enjoy this song!
^^


BAHAGIA dalam GELISAH

BAHAGIA
-jumpa ayah mama
-tgk wrestling sama2 dgn ayah
-makan mama's cook
-jumpa wani si pembuli kecik
-jumpa rayyan si budak hensem
-jumpa dira n kakak si ceria
-jumpa along tiba-tiba
-dpt CRM 5 [1st time okay!]
-hepy dgn budak2 kerja
-byk dpt blajar drpd hidup2 mereka[oh, aku ini sangat beruntung rupanya]

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Ya Rabbi

GELISAH
-masih lagi belum berjaya untuk berubah
-masih lagi terpedaya dgn hasutan si laknatullah itu
-masih lagi melakukan kesilapan

huhu,
sabar dan sabar
ujian itu indah
berubah itu susah
cuba untuk berubah
semoga dipermudah
Insya ALLAH~

Tuesday, June 7, 2011

06/06/11

yup!
hari ini aku belajar sesuatu

dalam pekerjaan,
cuba buat yang terbaik
berikan yang terbaik
jadi yang terbaik

dalam perbuatan,
cuba lakukan dengan baik
elakkan yang tidak baik
jadi contoh yang baik-baik

dalam pekerjaan,
ada masa REHAT.
apa itu masa REHAT?
masa rehat itu waktu solat

yup!
waktu itu aku rasa waktu aku betul-betul rehat
betul-betul lapang
betul-betul tenang

tadi, ada sa-orang budak yang aku rasa kecik lagi
[memang budak kecik pon]
sedang bersolat

Ya ALLAH,
rasa malu pulak diri ini bila melihat tingkah lakunya yang sangat tomakninah itu
Ya ALLAH,
teruknya DIRI INI
selalu ingin cepat pada waktu rehat yang khusus itu
huhu

Alhamdulillah...
diberi akal untuk berfikir akan hikmah dan sebab musabab dalam sesuatu kejadian
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

(^_^)

muhasabah DIRI

DIRI INI cukup KERDIL di hadapanNYA
DIRI INI tidak punya apa-apa
DIRI INI sering membuat dosa
DIRI INI selalu alpa dan leka
DIRI INI sangat lemah dalam hidupnya


Ya ALLAH
bila rasa ini datang
bila waktu ini datang
bila saat ini datang
semuanya tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata
hanya KAU saja yang memahami DIRI INI


bukan mama
bukan ayah
mahupun mereka semua


Ya ALLAH
berikanlah DIRI INI kekuatan
dan petunjuk yang berterusan


Ya ALLAH
DIRI INI sangat lemah
sangat hina
sehingga suatu masa
DIRI INI rasa tiada berguna
untuk saudara-saudara di sisinya


Ya ALLAH
Ya RABBI
selamatkanlah DIRI INI dari dunia yang pura-pura
selamatkanlah DIRI INI dari hidup yang sia-sia
selamatkanlah DIRI INI dari fitnah dunia


Ya ALLAH
tiada apa yang DIRI INI mahu melainkan syurgamu
kuatkanlah DIRI INI untuk menerima segala ujian dan cabaranMU


Ya ALLAH
DIRI INI rasa terlalu keras
terlalu keras HATI INI


Ya ALLAH
Ya ALLAH
Ya ALLAH
hanya padaMU tempat DIRI INI mengadu

Sunday, June 5, 2011

tentang TEMAN,sahabat,KAWAN,kenalan

Aku rasa rindu
ye rindu

pada siapa?
pada saudara-saudaraku itu
pada teman-temanku
pada sahabat-sahabatku
pada kawan-kawanku

siapa saudara-saudaraku?
-mereka saudara seagamaku-

siapa teman-temanku?
-mereka yang membantuku mendapatkan cahaya-

siapa sahabat-sahabatku?
-mereka yang faham aku bagaimana-

siapa kawan-kawanku?
-mereka yang belum cukup kenal aku-

siapa kenalanku?
-mereka yang memang tak kenal aku-
-mereka yang akan kata aku sombong-

~oyeah~
itulah mereka

dan inilah aku
aku yang terima sesiapa sahaja sebagai kenalan
aku yang terima apa-apa kata kutukan
aku yang terima saja sebagai pembina kekuatan

dah MULA LAGI dah...

L.O.L
[nak gelak lame-lame dulu]
haha

okay
okay
virus mode
JIWANG
miang-miang keladi
*gatal-gatal
*oh, memang dah lame dah*

haha

mungkin akan menjadi-jadi dlm minggu ini

oh, hormon apekah yang ku rembeskan ini?
haha

apa-apa sajalah

ni sume start dari video kat youtube yang aku jumpe tu la...

ingatan oh ingatan

haaaa
dah start balek dah
penyakit nih
haha

layankan saje
sabar tetap ade
janji gumbira ye

;)

yang penting
aku mahu YANG ITU dulu

Thursday, June 2, 2011

tentang MEREKA

errmmm
SETAHUN dah rupanya perkara itu terjadi
Macam cepat je masa berlalu [ memang cepat pon ]
memang macam xsangke
dah setahun dah berpisah dgn mereka
huhu
memang semuanya macam-macam

yup!
rindu itu mestilah ada
mereka antara kenangan yang terindah dalam hidup ini
mereka mengajarku arti kehidupan
mereka mengajarku erti kebahagiaan
mereka mengajarku erti kesabaran

alhamdulillah
syukur ke hadrat-NYA kerna telah ditemukan dengan mereka [walaupun dalam alam maya saja]
walaupun begitu, mereka tetap insan-insan yang bermaya dan wujud dlm dunia realitiku

alhamdulillah
syukur..
hanya itu saja yang boleh ku ungkapkan
jika lebih-lebih,
tangisan akan datang
tanpa diundang
:)

alhamdulillah...
andai itu takdirnya,
ku terima dengan hati terbuka

alhamdulillah

Semoga mereka sentiasa bahagia dan menerima rahmatNYA
Aminnn...

Aku sayang mereka.
Moga bertemu di syurga.
Insya Allah
(^_^)

Selamat datang bulan REJAB

Selamat datang Bulan REJAB! 



 اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان 

~Allah Humma Baarik Lana Fee Rajaba wa Sha'baana wa ballighna Ramadhaan~

Translation :- O Allah! Bless us in the months of Rajab and Shaban, and make us reach Ramadhan (by granting us life until then).

Jom amalkan doa ini. 

;) 

Semoga kita mendapat sesuatu di bulan ini

~amin~

Wednesday, June 1, 2011

Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
S'gala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
S'gala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah... 6x

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU INI
yup!
lagu ini
buat aku semangat kembali

~wee~

hari ini banyak yang aku pike

antaranya:

hey, aku dah feduplah!
pegi mampuslah sume orang
nak aku je yg faham diorg
tapi diorg?
heh!

ah, aku benci kau lah
apesal plak kau ni mnyemak dlm idop aku ea?
huh!

hey, senyaplah!
sume maw bikin kecoh saja!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

okey2
ni hanya di fikiran saja
kadang2 lebih dari tu yang aku mampu cakapkan dlm otak
hahaha

CUMA yang SELALU aku FIKIR ialah:

Allah kurniakan pelbagai RASA kpd manusia
Jadi, kita perlu terima semuanya
;)

Kemudian...
ayat2 tadi sume tu hilang entah kemana
dan akhirnya....
Alhamdulillah
sumenye pulih seperti biasa
tenang itu wujud semula
ha..ini yang aku suka
;)

Apapun yang TERJADI dalam HIDUP kita,
semuanya ditentukan olehNYA
Kita sebagai HAMBA
Terimalah seadanya
Insya-Allah pasti ada ganjaran dariNYA

SABAR itu MUTIARA JIWA
Trust HIM!
(^_^)


*upzz..saye ade hutang dgn encik blog. takpe. saye cube langsaikan ye.hehe.*