Sunday, February 24, 2013

Love.

Dear Love.

bila aku rasa semua manusia tak memahami,
Kau sentiasa ada di sisi.
bila aku rasa mahu putus asa,
Kau kuatkan aku serta merta.
bila aku rasa sangat kecewa,
Kau ubat semua rasa duka.
thanks Love.

Love.
Dia yang sentiasa ada di mana-mana.
Dia yang faham tentang aku semua.
Dia yang satu-satunya tahu tentang diriku yang hina lagi berdosa.
Dia penyimpan rahsia dalam rahsia.
Dia lah yang paling Mulia.
thanks Love.

....................................................................

Hari ini,
aku jatuh lagi.jatuh lagi setelah berkali-kali.
Allah, hanya Kau yang memahami.
Hanya Kau yang tahu kelemahan diri.
Hanya Kau yang pandai memujuk diri ini.
Subhanallah.
Sungguh, jika benar inilah jalannya,
ku mohon biar aku kuat sentiasa.
biar semua aku yang rasa.
andai dapat membuat mereka bahagia, mengenali watak dunia, sedar diri ini hamba, kembali kepadaMu sampai masuk syurga,
aku sanggup, selagi Kau benarkan aku rasa yang Kau sentiasa ada di jiwa.
Insya Allah.
biarkanlah.
biarkanlah.
biarkanlah.

....................................................................

وعن أنس قال: (خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة ما سمعت مثلها قط، قال: لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا. قال: فغطى أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وجوههم لهم خنين )

Maksudnya:

Anas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w berkhutbah yang tidak pernah ku dengar selama ini." Baginda berkata: "Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Beliau berkata: "Lalu sahabat2 Rasulullah s.a.w menutup wajah mereka dlm keadaan mereka teresak-esak menangis.
(HR Bukhari dan Muslim)


Indeed, Ya Rasulullah. 

....................................................................

[12:86]
thanks Love.
Alhamdulillah.
Thank you Allah.