Sunday, November 27, 2011

1 Muharram 1433

AKU : Manusia yang BARU vs Manusia yang LAMA

Tiada yang berbeza antara baru dan lama
Andai ia bergerak ke arah yang sama
Semuanya pasti serupa
Pasti! Aku memang pasti!

Sunday, November 20, 2011

20112011

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini, aku belajar tentang USAHA, SAHABAT dan cahaya yang sebenar.
Aku belajar dari cerpen sahaja. Banyak yang aku dapat. Hasilnya, adalah kata-kata yang panjang berjela ini: 

Aku VS Sahabat

Aku layan mereka semua sama
Aku sayang mereka semua sama
tapi, percaya aku pada mereka berbeza.

Cara aku layan mereka berbeza
Cara aku sayang mereka berbeza
tapi, aku sayang semua.

Ya Allah,
Andai mereka tahu semua rasaku
Aku ingin bersama mereka ke syurgaMU
Aku ingin bawa mereka menujuMU
Kuatkah aku?
Hanya ENGKAU yang tahu.

Aku?
Hanya mampu lakukan yang termampu
Tidak lebih dari itu
Andai aku diberi lebih kekuatan
Akanku pergi jauh dari selalu


Ini semua harapanku
Sebelum tertutupnya mataku.


Ukhwah fillah sahabat.
^^


p/s: Sahabat yang aku maksudkan ialah mereka yang aku kenal dan yang kenal aku walaupun tak pernah bertemu.


Sahabat itu juga manusia. Jangan disia-siakan.

Monday, November 14, 2011

tentang bahagia

Hari ini aku belajar lagi.
tentang apa?
Hubungan dengan ALLAH dan juga dengan MANUSIA.
-Jagalah kedua-duanya-
^^




Friday, November 11, 2011

11.11.11 at 11.12pm




too many things sy sudah belajar sehinga ke tarikh ini.
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah.

-------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum semua.
Setelah sekian lama, baru terisi ruang yang tak lengkap ni. 
Haha, jauhnya saya mengembara, baru sekarang terjumpa diri.

Yup, too many things i've gone through until this date.
Aku mencari sesuatu. 
Aku saorang yang menggunakan masa lapang untuk mencari. 
Aku akan mencari dan terus mencari sampai jumpa dan tak hilang lagi. 
CAHAYA. 
Itulah yang aku selalu cari. 

Bulan Oktober 2011. Boleh juga dikatakan bulan penguji untuk aku dan akhirnya, seperti biasa..
berlaku TRAGEDI. mungkin sebab itulah Tragedi Oktober lagu diberi. <--haha. Yang hujung skali tiada kaitan antara hidup dengan yang mati.

Jujur aku katakan, masa itu.. air mata ibarat sampah. Dibuang sesuka hati dengan rela ataupun dipaksa. Semuanya kerana aku ingin mencari. Alhamdulillah.. akhirnya aku jumpa secebis cahaya yang diberi. Belum dapat semua lagi. dan bukan senang untuk aku perolehi. Alhamdulillah.. tidak akan ku lupa pengalaman ini.
Alhamdulillah. Semua terjadi ada tujuannya. Itu yang aku pasti. Tiada siapa yang salah dalam semua tragedi. Jika ada yang disalah kan, itu maknanya Tuan yang menjadikannya disalahi. Aku tak mahu itu terjadi. Yang aku tahu, hanya manusia yang menzalimi diri sendiri. Alhamdulillah.. aku sedar lagi. 

Bulan November 2011. Bulan membaiki diri. Sebenarnya dari bulan Oktober aku mengalami proses ini. Alhamdulillah.. Allah beri aku peluang ini. Untuk perbaiki diri. Alhamdulillah.. Allah beri aku nyawa sampai saat ini. Untuk menaip apa yang aku rasai. Alhamdulillah. Ini semua ada TUJUANnya. Aku percaya yang ini. Alhamdulillah.

Antara yang berlaku bulan November ialah aku membawa diri, melihat langit Ilahi untuk menenangkan diri. Eh, bukan saja-saja aku membawa diri. ada TUJUANnya. Tujuan yang bagi aku, sangat indah sekali. Alhamdulillah. Allah aberi aku peluang lagi untuk merasai.

Ini antara gambar2 kenangan aku ketika itu terjadi:

Bunga yang paling pelik aku lihat di sana. Subhanallah






Sangat cantik permandangan nun jauh di sana. Subhanallah




View mentari yang paling cantik. aku mahu menjadi seperti itu.

 View of Sawah padi berjiran dengan laut.
Perkara yang paling menakjubkan aku pd waktu itu. 
 Aku betul2 kagum. Subhanallah. Hanya Allah yang mampu menjadikannya sebegitu.







 Ha, inilah urusan membawa diri. Menjaga mereka ini bukan senang macam petik jari. haha. SERONOK okay.

Aku yang dulu, kini dan selamanya.
 suka budak-budak ini.
memang xpernah alami apa yang ku alami ketika itu.
Bancuh air susu dalam botol. (x)
Mandi kan bayi/budak (x)
Pakaikan baju baby (x)
Pampers apetah lagi
Basuh najis kanak2 dan bayi (x)

Ha, semuanya aku rasai di situ. Alhamdulillah.. Adakah ini petanda bahwa aku akan kahwin lagi? haha (berangan kejap)


Yang paling sukar sebenarnya nak jaga bayi yang 4 bulan ni. sebab dia tak mahu minum susu selain susu ibunya sedangkan ibunya berkursus 2hari. oh, memang mencabar diri ini.


Lepas aku balik rumah family, mama cakap, " kalau angah nak tahu, macam tu lah angah dulu. sampai maknek paknek bagi minum susu ibu pakai sudu. Oh, kesiannye mereka. hihi. Alhamdulillah..kini, aku yang rasai.

 Ada tujuannya semua ini terjadi. aku percaya yang ini. ^^

Okay, habis dah cerita dongeng. Ku akhiri dengan senyuman tanpa nampak gigi. ^^

Kini, aku masih lagi mencari dan takkan pernah jemu untuk mencari kerna aku ingin syurga yang hakiki.

dan aku juga mahu semua yang  ku sayangi bersama-sama ke sana nanti termasuk ANDA sekali. Insya Allah.

Besar harapan diri ini.

Semoga kita semua sentiasa dirahmatiNYA. sekian.