Sunday, November 20, 2011

20112011

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini, aku belajar tentang USAHA, SAHABAT dan cahaya yang sebenar.
Aku belajar dari cerpen sahaja. Banyak yang aku dapat. Hasilnya, adalah kata-kata yang panjang berjela ini: 

Aku VS Sahabat

Aku layan mereka semua sama
Aku sayang mereka semua sama
tapi, percaya aku pada mereka berbeza.

Cara aku layan mereka berbeza
Cara aku sayang mereka berbeza
tapi, aku sayang semua.

Ya Allah,
Andai mereka tahu semua rasaku
Aku ingin bersama mereka ke syurgaMU
Aku ingin bawa mereka menujuMU
Kuatkah aku?
Hanya ENGKAU yang tahu.

Aku?
Hanya mampu lakukan yang termampu
Tidak lebih dari itu
Andai aku diberi lebih kekuatan
Akanku pergi jauh dari selalu


Ini semua harapanku
Sebelum tertutupnya mataku.


Ukhwah fillah sahabat.
^^


p/s: Sahabat yang aku maksudkan ialah mereka yang aku kenal dan yang kenal aku walaupun tak pernah bertemu.


Sahabat itu juga manusia. Jangan disia-siakan.

No comments: