Sunday, December 11, 2011

Kalau betul-betul nak BERUBAH

-ubah kualiti solatmu dahulu.
bagaimana? fahami bacaan dalam solat.
itu salah satu cara untuk khusyuk dalam solat.
nur pun sedang berusaha untuk dapatkan khusyuk dalam solat. bukan mudah nak khusyuk.
sebab tu Allah muliakan mereka yang khusyuk dalam solat.



-jadi pemerhati diri sendiri.
bagaimana? be present! sedar diri. ape yang berlaku pada diri anda sekarang ni. kebanyakan manusia sekarang ni sukar untuk sedar perkara yang mereka lakukan pada waktu sekarang. maksudnya di sini, kita jarang sedar apa yany kita sedang lakukan sekarang. contoh, sekarang kite sedang mengutuk si A. lepas dah habis mengutuk baru sedar kita telah lakukan perbuatan itu. time tu baru lah fikir perbuatan tadi itu dosa. ha, mcm itulah. semua benda yang terjadi, kita sedar lepas dah buat. cara nak jadi pemerhati diri sendiri ialah khusyuk dalam solat. bila kita boleh khusyuk dalam solat, kita senang fokus dengan apa yang kita lakukan pada detik itu. bukan selepas itu.

-berubah secara holistik (keseluruhan)
Islam itu agama yang syumul(menyeluruh). Apa-apa yang Allah tetapkan semuanya merangkumi semua aspek dalam kehidupan. Cumanya kita sebagai manusia yang menyongsangkan apa-apa yang Allah tetapkan. Lumrah manusia, LUPA dengan apa yang mereka lakukan. Dibanrtu lagi dengan usaha syaitan laknatullah, maka berjayalah semua penyongsangan yang kita lakukan terhadap apa yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Yang namanya Islam itu bukan nya di ambil separuh-separuh tetapi secara menyeluruh.
Cara ibadah, cara pemakaian, cara berurusan, cara berkerja dan sebagainya.
Ramai yang tidak sedar akan hal ini.

" Aku dah solat, okaylah. dah Islam lah."
tetapi dia tak menutup aurat. (vice versa)
ha, macammana? sudah menyeluruhkah Islam dalam hidup kita?

"aku dah, solat, dah tutup aurat"
betulkah cara anda menutup aurat itu? ataupun hanya sekadar membalut aurat?
ha, jangan tertipu dengan tusukan jarum syaitan laknatullah di zaman millenium ini.
Semakin maju zaman, semakin maju tipu daya syaitan laknatullah.

" Aku dah tutup aurat complete, bukan balut-balut. Aku dah solat"
Ha, ada ambil riba' tak?
sudah ada kereta? rumah? dah langsaikan bayaran ansuran setiap bulan?
ada buat loan?
[Fuh, banyak sungguh ujian manusia di zaman moden ni]

Ya Allah, berikanlah petunjuk kpd kami supaya kami dapat cari jalan keluar untuk semua ini.

- amalkan perbuatan ma'ruf, jauhkan diri dari kemungkaran (amal ma'ruf nahi munkar)
buat yang perkara yang baik, tinggalkan yang jahat.
nah, kan itu paling baik.

-bertaqwa kepada Allah SWT.
Ini perkara yang paling vital/crucial/penting sekali untuk mereka yang mahu berubah.
Sudahkah anda takut kpd Allah? Tuhan seluruh alam?
Anda jangan kata anda takut jika anda masih membuat perkara yang di larang.
satu contoh yang mudah:
Bila anda takut dgn parents anda. adakah anda buat apa yang dilarang?
ha, fikir-fikirkan lah

Berubahlah ke arah kebaikan secara total jika anda mahu syurga hakiki sebagai ganjaran.
Jika tidak mahu, jangan pernah impi syurga itu milik anda.

Sejujurnya, sukar untuk mencapai tahap ini. aku sendiri pon belum lagi. Keinginan itu ada.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan. :)
Ingat! berubah kerna Allah. Bukan kerna manusia. Minta jalan pada Allah. Nanti Allah bagi jalan, salah satunya daripada pertolongan manusia..  ^^


No comments: