Alhamdulillah..masih bernyawa di hari Jumaat yang sememangnya indah ini.
Tiba-tiba berfikir tentang think BIG.
Sebesar manakah "think big" yang namanya saorang manusia?
Adakah sudah cukup besar "think big" yang telah dilakukannya?
Lalu mindaku berlari-lari di awangan untuk mencari jawapan. ^^
Erm, kebanyakannya manusia yang bernai bercakap "think big" kepada manusia-manusia yang lain ialah mereka yang berjaya dalam kehidupan mereka.
Yup, I admit it. akan tetapi, sejauh manakah "think big" mereka itu?
Aku tertanya-tanya. Hanya si pengucap kata-kata mampu memberi jawapan.
Okey, aku akur dengan logik yang itu. ^^
Think Big yang sepatutnya...
Apa yang sepatutnya?
Hanya satu yang aku nampak.
Think big yang sepatutnya adalah yang pemikiran yang melangkaui kehidupan dunia dan menembusi yang namanya kehidupan akhirat.
Kenapakah? mengapa? kenakkah?
Kerna aku mengambil contoh daripada sebaik-baik manusia di dunia.
Siapa lagi kalau bukan Rasulullah SAW.
Yup. Sejauh manakah pemikiran baginda?
Baginda berfikir sampai ke kehidupan akhirat sana. tidak lain tidak bukan; kehidupan di syurga dan neraka.
Sebab itu, baginda tidak pernah berputus asa dengan manusia.
Kerna baginda, sangat yakin dengan janji Tuhannya.
Ha, itulah think big yang sepatutnya.
Pada aku, mereka yang ' think big' ni belum cukup lagi 'think big' nya jika hanya berfikir hanya untuk dunia semata-mata.
Perbuatan juga sangatlah perlu untuk diselarikan dengan pemikiran mereka.
Jika fikir baik, buat perkara tak baik, tak guna juga. ^^
okay, itu sahaja celoteh dari hamba yang hina di hari Jumaat yang bermakna.
Mari manfaatkan Jumaat bersama-sama.
Kerna, belum tentu Jumaat akan datang kita mampu mengalaminya.
Jaga diri, jaga hati.
Wasalam.
Hadiah untuk anda:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(A-li'Imraan 3:185) * sebab ini pasal think BIG, tulisan pun kena BIG. haha *
No comments:
Post a Comment