Wednesday, April 24, 2013

Ada masa.

Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat

Yup.
semua itu ada masa.
bila-bila.


By the essence of all time.
Verily, all humankind is in deep loss.
Except those who believed (in the oneness of Allah) and performed good work and reminded each other of the truth and reminded each other to be patient.
[103:1-3]

Sunday, April 21, 2013

16 Hari Lagi

Ya Allah.
kuatkan hamba.
kuatkan hamba.
kuatkan hamba.

hamba tak mahu tersungkur lagi.
sakit, Ya Allah.
sakit.
hamba tak mahu hadapi perkara yang sama lagi.
dosa yang sama lagi.
silap yang sama lagi.
tak mahu.
tak mahu, Ya Allah.
tak mahu.

Ya Allah.
kuatkan hamba.
sabarkan hamba.
tunjukkan hamba.
Aminnn.

terima kasih kerna berikan bisikan/ilham yang baik-baik itu.
terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.




Tuesday, April 16, 2013

Musafir di Hospital.


setiap hari ada ujian.
Alhamdulillah, itu tanda diberi perhatian.

hari ini, diuji lagi. pagi-pagi dapat kol ayah warded.
Innalillahiwainnailaihi raji'un.
wahai diri, mohon bersabar. 
pergi jugak kelas walopon jasad di kelas, soul di awang-awangan.
update dari along, abang, abgcik.
alhamdulillah, dapat lagi bertahan.
ayah kena elergi ubat.
oh,ngeri okay bila teringat insiden 2006 tu.
~phew~

tengah hari, aku pikir lagi.
nak balik ke tak.
cukup je 3vote aku dapat, aku rasa tu signal dari Ilahi.
terus balik, jadi musafir di perjalanan.
sepanjang perjalanan, alhamdulillah Allah mudahkan. 
yang paling best, bila turun je nak tunggu KTM, dia announced : KTM Seremban akan tiba di platform 6.
*rasa soul terbang di awangan tanda kegirangan*
bas pun on time, aku pun sampai in time. 

Alhamdulillah.
terus lawat ayah. yes. ayah kt hospital lagi. belum discharge pun. abang tipu aku. ceh. memang aku tak percaya pun. wah, 1st time aku melawat ayah kat hospital sepanjang aku hidup. 1st juga y aku rasa: syukur aku masih punya ayah sampai saat ini. Alhamdulillah. thanks a lot to You ya Rabbi. berikanlah diri ini peluang untuk berbakti sebelum aku/mereka pergi. Aminn... (xmo cite panjang-panjang sebab aku mudah tacing. ngee)

dekat hospital, mula lah mata meliar-liar.
banyak yg aku tengok. Alhamdulillah.mula rasa syukur bila lihat mereka yang lebih kurang berupaya.
betullah tu. sihat sebelum sakit. muda sebelum tua.

selain tu, mata sempat juga memandang jejaka yang mcm sedap mata memandang. eh, tengok pemudi sekali. yang cantik2 lah. camana mereka melayan karenah patient semua. yup2. disitu munculnya sabar.

dah.
tak bole mengarut lagi, nak tidur.

kesimpulannya, alhamdulillah a'la kulli hal. astaghfirullah min kulli zanbi..
may Allah loves us all the time, removes our sins through our trials. Aminnn.



*aku ada jeles dengan musafir hari tu. alhamdulillah. Allah beri peluang aku jadi musafir.*
pasal ni ha:

Dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘Anhu beliau berkata : Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

ثلاث دعوات مستجابات لا شك فيهن : دعوة المظلوم ودعوة المسافر ودعوة الوالد على ولده

Sabda Rasulullah SAW: "Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi," (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

#14741-nombo cantik aku lihat harini(obses dn numbers)


kbai
assalamualaikum.

Monday, April 15, 2013

Pesan Ayah

" Belajar rajin-rajin, baru sayang ayah."

mudah je ayah pesan.
jangan kau nak complicatedkan
wahai perempuan.

Sunday, April 14, 2013

Beza Bisikan.

Bisikan baik itu datangnya dari Allah, melalui malaikat.

Bisikan jahat tu sudah semestinya datang dari syaitan, musuh manusia yang nyata.

Contoh : Waktu Asar.

Bisikan tak baik : tidur kejaplah, tadi tak sempat nak qailulah(tidur sebelum zohor). jap lagi bangun solat Asar k.

Bisikan baik : baik pi solat terus. kalau tidur nanti pening kepala. lagipun kan tak elok tidur lepas Asar. boleh jadi gila.

#hati-hati dengan hati.

Beza Nafsu dengan Syaitan.

Nafsu merengek.

Syaitan merancang.

contoh paling ketara: Bangun solat Subuh.

nafsu: ala, tidola lagi. best ni tido...
syaitan: lagi 5 minit ea. jap lagi bangun balik.

so, watchout.

may Allah guide us all the way, everyday.
Aminnn.


musibah.

1. bila kita ditimpa musibah, ingat ni:
    hadapinya dengan sabar, solat, dan doa.

2. jika orang tak hargai kita, ingat, kita buat kerja kerna 
   Allah.

3. musibah itu penghapus dosa, menaikkan darjat, memberikan 
   pahala.


Macammana Allah nak makbulkan doa kamu, 
- uruskan mayat, tapi tak ambil iktibar dr mayat tu.
- kamu lintas kubur tp tak rasa pun satu hari kamu ada dlm tu.
- kamu makan tp tak ucap alhamdulillah pun.
- sumber makan pakai kamu, tak halal, syubhah(diragui).
- melakukan perbuatan derhaka mak ayah.
- lawan,bantah parent, suami. 
- tak lakukan perkara yang terbaik untuk keluarganya.


doa nabi SAW suka baca tiap2 kali lepas solat bila ditimpa musibah:

"wahai Tuhan, yg tiada siapepun dpt halang sgala yg Kau berikan. Yang tiada siapapun dpt beri segala yang Kau halangi. Tiada guna kegigihan bagi sesiapa yg berusaha jika tiada keizinan dan taufik drpadaMu."

musibah itu kesusahan, 
lawannya nikmat iaitu kesenangan.
kedua-duanya ujian dari Tuhan,
bagi sesiapa yang memikirkan.
bila susah, kita mengadu pada Tuhan.
bila senang, kita bersyukur pada Tuhan.
itu yang patut kita lakukan.
itu yang patut kita lakukan.
itu yang patut kita lakukan.






Sunday, March 31, 2013

Ezad Lazim Nikah!

30032013.
Ezad Lazim nikah.
Alhamdulillah.
Tahniah.

      Ternyata doa itu Allah perkenankan. Alhamdulillah. Sejak dari 12tahun aku suka makhluk ni. Tak tahu kenapa boleh setia sampai tahun ni. Alhamdulillah. Allah bagi rasa itu sampai kini. Tapi, lepas je dapat tahu peristiwa ni, Terus rasa hikmah perlu dicari, perlu ditelusuri. Alhamdulillah. Mungkin ini masanya. Masa untuk aku kuat dengan diri sendiri telah tiba. Insya Allah.

      Sejak dari 12tahun, sampai 22tahun, aku berjaya tolak semua rasa pada lelaki sebab Allah kurniakan rasa ini. Alhamdulillah. Allah bagi shield pada aku untuk menepis semua dugaan dari yang namanya lelaki. Alhamdulillah. Mungkin dari dulu sampai kini aku tak mampu untuk hadapi saorang diri tanpa sebab yang rigid seperti ini. mungkin. Tapi, sekarang? makhluk ni dah kahwin, apa yang aku patut rasa? heartless.
Alhamdulillah. Banyak belajar dari kisah beliau. Jodoh tu memang di tangan Tuhan. Akhirnya berkahwin dengan pilihan keluarga setelah beberapa tahun berusaha mencari cinta manusia. Alhamdulillah. semoga beliau bahagia hingga syurga.

     Apa pula yang bakal jadi diri ini? Em, setelah dipikir-pikirkan akan hikmah semua ini, mungkin kini masanya, untuk aku bergantung dengan diri sendiri. Untuk aku berusaha lagi menjaga diri, dengan sebab yang paling utama iaitu kerna Allah sebagai Pencipta yang sangat kusayangi bukan sebab 'mana aku nak letak Ezad nanti?'haha . Alhamdulillah.  Terima kasih Ya Allah. Terima kasih. Hasbunallah wani'mal wakil. Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik Pelindung. Terima kasih Ya Allah.

    Kini, aku tersenyum kembali. Dengan hikmah yang terjadi di sebalik semua ini. Alhamdulillah Ya Ilahi.
Semoga aku takkan pernah melupakanMu sampai infiniti. Please don't let me leave You. Thanks Love.


#lepas ni nak ingat 30 Mac sebagai besday abang or ezad nikah ea? KIV. haha. 
#Adoiyai. aku rasa bersalah tiba-tiba. dekat entry ni takda cerita details pasal ezad lazim nikah ye. ampun maaf dipinta. ngee.
#May Allah loves us everyday, make us happy all the way. AMIINN...

Tuesday, March 12, 2013

Bersalah.

Alhamdulillah.
Dikurniakan rasa bersalah.
Rasa bersalah aku agak parah.
Healing time paling koman setahun.
Bagi aku, ni dah cukup teruk.

Again, I'm feeling guilt.
Allah, only You know what I used to be when i'm in this condition.

Tapi, kali ini, aku tak mahu dah nak biar healing time nih lama-lama.
sakit itu memanglah.
Alhamdulillah. setelah di search2, semua bagi positif thoughts tentang rasa ini.

Actually, 
rasa bersalah ialah moment atau ketukan minda yang Allah beri pada aku supaya aku sedar kembali.
Alhamdulillah...aku dapat sedar yang itu.

Apapun, thank you Allah.
Aku akan hadapi rasa ini sebaik mungkin.
Insyaa Allah.

May Allah loves us more all the time.
Aminnn...

Wednesday, March 6, 2013

Today You Can, Tomorrow You Cannot.


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [66:6]

Thank you Allah for showing me the way.
Thank You.
Alhamdulillah.

Sunday, February 24, 2013

Love.

Dear Love.

bila aku rasa semua manusia tak memahami,
Kau sentiasa ada di sisi.
bila aku rasa mahu putus asa,
Kau kuatkan aku serta merta.
bila aku rasa sangat kecewa,
Kau ubat semua rasa duka.
thanks Love.

Love.
Dia yang sentiasa ada di mana-mana.
Dia yang faham tentang aku semua.
Dia yang satu-satunya tahu tentang diriku yang hina lagi berdosa.
Dia penyimpan rahsia dalam rahsia.
Dia lah yang paling Mulia.
thanks Love.

....................................................................

Hari ini,
aku jatuh lagi.jatuh lagi setelah berkali-kali.
Allah, hanya Kau yang memahami.
Hanya Kau yang tahu kelemahan diri.
Hanya Kau yang pandai memujuk diri ini.
Subhanallah.
Sungguh, jika benar inilah jalannya,
ku mohon biar aku kuat sentiasa.
biar semua aku yang rasa.
andai dapat membuat mereka bahagia, mengenali watak dunia, sedar diri ini hamba, kembali kepadaMu sampai masuk syurga,
aku sanggup, selagi Kau benarkan aku rasa yang Kau sentiasa ada di jiwa.
Insya Allah.
biarkanlah.
biarkanlah.
biarkanlah.

....................................................................

وعن أنس قال: (خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة ما سمعت مثلها قط، قال: لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا. قال: فغطى أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وجوههم لهم خنين )

Maksudnya:

Anas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w berkhutbah yang tidak pernah ku dengar selama ini." Baginda berkata: "Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Beliau berkata: "Lalu sahabat2 Rasulullah s.a.w menutup wajah mereka dlm keadaan mereka teresak-esak menangis.
(HR Bukhari dan Muslim)


Indeed, Ya Rasulullah. 

....................................................................

[12:86]
thanks Love.
Alhamdulillah.
Thank you Allah.