Sunday, January 30, 2011

Maher Zain - InsyaAllah (Malay version)

Insya-Allah (Malay version) Lyric


andainya, kau rasa tak berupaya
hidup sendirian , tiada pembela
segalanya suram
bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
janganlah, berputus asa
kerana ALLAH bersamamu

InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,

andainya,kesalmu berulang lagi,
bagai tiada ruang untuk kembali
dikau keliru
atas kesilapan lalu,
membelenggu hati dan fikiranmu
janganlah berputus asa
kerana, Allah bersamamu

InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,

kembalilah, kepada yang Esa,
yakin padanya
panjatkanlah doa, uww ya Allah,
pimpinlah daku dari tersasar
tunjukkan daku kejalan yang benar
jalan yang benar , jalan yang benar

InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,

InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,


memang suka pun lagu ni
bila dah tukar versi melayu..lagilah suka
terharu,teruja,kagum ape semua ada
subhanallah...
Alhamdulillah...
BELIAU salah seorang yang menyedarkan aku
Alhamdulillah..thank you ALLAH
;)

Friday, January 28, 2011

Luqman al-hakim

Dipetik dari Ibnu Abbas katanya: "Luqman bukanlah se orang nabi mahu pun raja, tetapi beliau seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Allah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia reda dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman..."

LUQMAN al-Hakim adalah seorang tokoh yang menjadi sebutan masyarakat Islam hingga kini, lebih-lebih lagi apabila menyentuh mengenai mutiara kata dan ungkapan yang baik lagi terpuji.

Kebenaran mengenai kewujudannya suatu masa dulu di perakui al-Quran apabila kitab suci itu sendiri merakamkan nama beliau dan nasihat bermanfaat daripadanya seperti yang dapat diperhatikan melalui surah Luqman.

Dalam satu dialog dengan anaknya, beliau ditanya: "Wahai bapaku sifat manakah yang ada dalam diri manusia yang paling baik?"

Luqman menjawab: Agama.

Anaknya bertanya: Sekiranya ada dua?

Luqman: Agama dan harta.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada tiga?

Luqman: Agama, harta dan sifat malu.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada empat?

Luqman: Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.

Anak bertanya lagi: Sekiranya ada lima?

Luqman: Agama, harta, sifat malu, akhlak yang baik dan sifat pemurah.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada enam?

Luqman: Wahai anakku, sekiranya lima sifat ini terkumpul dalam diri manusia, dialah seorang yang bersih lagi bertakwa. Dia hanya bertuankan kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan.

[aku suka dialog ini. jadi aku letak di sini. semoga mendapat manfaat darinya]

Sunday, January 23, 2011

Mari Ingat Mati

بسم الله الرحمن الرحيم


- Semakin berTAMBAH umur kita setiap tahun, semakin berKURANG umur kita di DUNIA ini.

- HIDUP, jangan jadi CERMIN MATA, tapi jadilah CERMIN MUKA. Mesti selalu muhasabah diri.

- Jangan TAKUT MATI dan MINTAK MATI tetapi ingatlah mati. Insya Allah akan beroleh pahala.


Dulu, di SEKOLAH ada Zikrul Maut Day (Hari Mengingati MATI)

Sekarang, dah tak sekolah, mesti cari jalan untuk ingat mati.

Alhamdulillah...ALLAH tunjuk jalan.


Baru sahaja dapat info berkenaan dgn saat2 sakaratulmaut.


Apa yang perlu kita lakukan ialah:

- Sebaik-baiknya orang yang paling rapat dengan si mati, mengajarkan kalimah tauhid "lailahaillallah"

- Tetamu yang hadir, jangan cakap perkara-perkara yang tidak elok berkenaan dengan si mati kerana pada saat itu, para malaikat mengaminkan doa-doa daripada orang2 yang berada di sekeliling si mati.

- Baringkan si mati menghadap kiblat.

- Apabila yakin sudah mati, tutup mata si mati dengan bacaan basmalah dan doa


بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُول اللَّهِ . اللَّهُمَّ يَسِّرْ عَلَيْهِ (ها) أَمْرَهُ(ها) ، وَسَهِّل عَلَيْهِ(ها) مَا بَعْدَهُ . وَأَسْعِدْهُ(ها) بِلِقَائِكَ ، وَاجْعَل مَا خَرَجَ

(إِلَيْهِ(ها) خَيْرًا مِمَّا خَرَجَ مِنْهُ(ها

** (ها) untuk wanita

[Ketika sakaratulmaut, si mati akan nampak ke mana rohnya akan pergi. Sebab itu matanya perlu ditutup]


-Saat sakaratulmaut adalah saat yang paling genting bagi kita kerana pada saat itulah kita hanya bergantung pada diri sendiri ( amalan di dunia), bukan pada orang lain.

-Saat inilah saat paling penting (saat terakhir) untuk syaitan menyesatkan kita.

-Saat ini jugalah kita BERLAWAN untuk menetapkan iman kita.

-Saat ini jugalah syaitan akan menyerupai wajah orang-orang yang kita kasihi (ibubapa) untuk menarik kita ke jalan yang SALAH.


Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk kita amalkan kalimah tauhid "lailahaillallah" dalam kehidupan seharian dan sangat penting untuk kita amalkan doa ini:


DOA MENGHINDARI KESESATAN

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

[8: آل عمران]

(RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB.)

“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU; KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI RAHMAT”.


Insya-Allah, ALLAH akan turunkan rahmatNYA di waktu kita menghadapi sakaratulmaut nanti.

* senang saje nak ingat doa tu. Baca dalam doa k *

;)


http://www.facebook.com/note.php?note_id=494549008381


Sekian...

"Kullu am wa antum bi-khair"

(May you be well throughout the year)


Wasalam


[jike mahu tambah/betulkan info, sile lakukan]


Saturday, January 22, 2011

rasa itu

aku xtahu kenapa
rasa itu datang lagi
macam dulu
adakah akan jadi lagi seperti dulu?
mungkin jadi lagi?
lagi?
dan lagi?
oh
aku tidak tahu
hanya DIA yang tahu
whatever it is
andai itu takdirNYA
aku redha

semoga ALLAH redha
insya ALLAH

"Kullu am wa antum bi-khair"
(May you be well throughout the year)

Ya Allah

SETIAP kali CAHAYA itu datang
aku jadi sayu
aku jadi terharu
aku jadi tak menentu

kenapa?
kerna aku sering alpa
kerna aku selalu leka
kerna aku dekat dgn dosa

Ya Allah
kuatkanlah hati ini
kuatkanlah diri ini
kuatkanlah jiwa ini

akanku cuba sentiasa ikuti cahaya itu
akanku cuba sentiasa ikuti bisikan itu
insya Allah

Thursday, January 13, 2011

alhamdulillah wa syukurillah..BERSYUKUR padaMU Ya ALLAH...



First of All...
ALHAMDULILLAH...bersyukur ke hadrat ILAHI kerna diberikan nikmat kehidupan utk memperbaik diri ini serta bertaubat utk menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Alhamdulillah....

2ndly, terima kasih tak terhingga pada mama, kerna telah melahirkan aku ke dunia ini...
[SELAMAT ulangtahun melahirkan kite, MAMA! ]

3rd, alhamdulillah..atas semua yg telah terjadi hari ini..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

ada apa dengan 13 JANUARI 2011???
* ada MACAM-MACAM! *

SEQUENCES nye BEGINI:

..: Rabu malam Khamis [12januari] :..
aku suda serabut memikirkan subjek Multivariate yg kurang difahami.oh, agak tensi di kala itu. Tiba-tiba kak Bel ajak mkn satay di bawah. [ Oh, BARU lepas makan okeh ] ditambah pule dgn jadual hari Khamisku yg agk pack..[maaf anda2 semua, xdapat nk ekot turun.] okeh..ketike sdg cube utk blaja pasal multivariate, Along kol. Beliau minta tolong bwk barang kwn dkt bawah. Err...okay, saya turun JUGA atas alasan, amik barang kawan Along. Mereka yg laen terkejut juge kenape aku turun. Then, smpai di bawah, tunggu punye tunggu, xda pon kawan along + tgh ujan. okay, sabar dan sabar. kol along utk tanya lagi. Then, along kate die dah smpi kat bawah lif sbb aku lmbat. heh~ okay..nampak along kt lif. aku tuju ke arahnye. Along dtg dekat aku sambil berkata-kata BUT THEN....pek!!! die PECAHkan TELUR kat kepalaku! [ okay, PLAN mereka MENJADI! congrates! ] ditambah lagi dgn balingan tepung..oh, memang BESTlah kan... ;)
thanx to you All! [sebnanye dah rase akan jadi sumthing tapi xdelah rase wujud kehadiran encik TELUR kan time tu] phew~ SAYANG anda SEMUA! ;)



KeK dari Along, Kak Bell, Kak Faiz, Kak Opi, Shira, Ziha, Huda
SEDAP! ;)


..: kelas Computer Method ( 8pagi, 13hb ) :..
After buat latihan, Dr. nk panggil student utk explain di depan. Okeh, boley terima. Then, beliau sebut no. Matrik SEU [student STATISTIK]. Okey, DEBARAN suda terasa. then, beliau pon memanggil HAMIZA. OMG! [kenapa perlu hari ini dpt LUCKY DRAW ni???] haha..angkat tangan dan dengan redha nya pergi ke depan. Actualy sangat TIDAK PUAS hati dgn STYLE ku PRESENT [haha, memang xlayak jd pengajar pon] but then, Positive thinking Came up. "okey, after this perlu lebih YAKIN dalam present. dont be t0o nervous okey! let this be your experience to improve yourself! "

..: kelas Non-Parametric :..
aku dan Shira, dengan yakinnye berehat dan tidur ketika 2hours GAP before this class. Then, about 5mins before class, kami nk masuk ke lecture hall TETAPI ade lecturer pulak dlm tu. [pelik jugak cuz slalu before clas tu, xda klas laen] yang bestnye, aku DENGAR suara LECTURER yg kat dalam tu MACAM sura lecturer yg ajar kami. okey..without any doubt, juz tunggu je kat luar tu. Shira pula tibe2 terfikir nk tgk balik jadual harini..DAN......ya! ini yang berlaku : kelas ni sebenarnya 2jam dan kami ingat 1 jam. jadinya, kami telah datang ke lecture hall SEJAM AFTER KELAS BERMULA. heh! Pengajarannya disini, SILA cek JADUAL waktu BETUL2! ;)

..: kelas Multivariate analysis :..
aku telah dipengaruhi oleh rasa RAGU-RAGU dari Zati. Kami in doubt either nk amek ke x this subject. ape yang difikirkan ialah TAKUT xdapat bawak subjek ni nanti, Xdapat skor dan mcm2 lagi. Siap dah fikir nk amek sbjek Chemistry if kami drop this subject. huh~
Dalam rase ragu2, aku secara rasionalnya berkata "xpe, kite tgk dulu cmne harini. if dpt folow ape yg Dr. aja arini, kite go on k. Otherwise, droplah"
BUT THEN, after class...kami satu group jumpa lecturer.Sembang-sembang sebentar.
ini yg Dr. cakap:
-kamu2 yg sy xtahu name nih, after every class, dtg jumpe sy, TANYA apa yg xfaham. Ada ke Lecturer marah bile kamu jumpe? Kami suke bile student buat mcm tu
-kamu xfhm s-plus, xpe..nanti kite buat bengkel s-plus. bayo RM15. eh, mestilah kne bayar khidmat tenaga pengajar kan. mane boley free [ok, lawak sebenarnye lecturer ni]
-step utk berjaya: time kamu dtg lecture, maybe about 60% dpt catch up. Then, kamu apply the theories yg kamu blaja dlm klas. Next, kamu ajar kwn2 kamu. Ajar byk kali sampai kwn kamu faham. Insya Allah kamu akn dpt 100% kefahaman tu.
-mcm sy, honestly sy baru ajar subjek ni. before aja kamu, sy fhm 60% pasal topik ni. then, sy ajar kamu, bertambah lg kefahaman sy. Proses teaching and learning make us more understand. kamu cubalah utk semua subjek. sama sahaja.
-utk dpt confidence pulak, try time group laen present, kamu tanya soklan. satu soalan pon jadilah. ha, time tu memanglah nervous. then, bile kamu dah lepas tanye..baru kamu rase sedikit demi sdikit keyakinan tu dtg. biasanye soalan yg ditanya tu comman question..jangan risaulah.
-dari semua ni, baru kamu boleh yakin, berani dan lebih besemangat. kamulah yg akan jd catalyst utk junior2 kamu nanti. sape nk tolong mereka? kamu lah.
[ Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...aku yg pade mulanya nk drop subjek ni, terus buang jauh2 rasa itu dan mahu teruskan subjek ni dgn rasa lebih berSEMANGAT. thank you Dr. IBRAHIM! ]

..: klas Engine Math :..
paling best sebab 30minit je klasnye. hahaha~ ade pulak orang SEDAP TIDO sampai xsedar utk bangun pi klas. ;p

..: klas TITAS :..
best sebab klas TIADA! haha~ balek awal...sepatutnya balik 7ptg, tp 5ptg balek suda.
Alhamdulillah.. ;)

..: Malam 13 Januari :..
aku, shira, huda turun. mereka beli beras. aku buang sampah. then, kami MAIN BUAIAN di taman permainan. Then makan AISKRIM. COMEL kan? oh, kami memang comel pon! haha. Alhamdulillah~

..: Pagi 14 Januari :..
Pintu rumah diketuk kuat! oh, aku memang takutlah nk bukak sebab xdengar SALAM pon.heh! but then, myfon berbunyi..adeh, kantoi pulak ade org kat rumah. tengok nombo xkenal dan dgn redhanye aku angkat fon tu. Rupa2nya orang yg DILUAR tu sedang kol= orang POSLAJU.
hahaha~
dapat parcel dari KHAMISAH! wee~ alhamdulillah.. [saje nk wat aku SURPRISE kan]
THANX DEAR~





misah bagi nih. saya SUKAlah! CUTE! ;p

..: Jumaat, Sabtu, Ahad :..
aku pi umah Fathiah. Lame xmerempat. kih3... best3! Alhamdulillah..macam2 aku dpt! SERIUSly! jumpe buku LANGIT ILAHI, dengar crita pasal PENULIS itu, dengar pasal ORANG-ORANG itu...Alhamdulillah...ALLAH sangat BAIK bagi aku PELUANG ini ;)
hari Ahad, balik rumah sewa..dapat lagi KEJUTAN. oh SECRET ADMIRER! whoever are you... LOVE you fillah~ ;)


FRIENDSHIP is like the LIGHT of FIREFLIES. The DARKER it is, the BRIGHT will be. Love YOU fillah~ ;)


Kesimpulannya: ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH

Sunday, January 2, 2011

010111


REPORT utk hari ITU

hah..walaupon aku sebagai peminat NOMBOR,xrase seronok sgt dgn nombo nih, tapi aku tetap suka juga sebap 0 dan 1 tetap nombo!
hahaah
aM waiting for 111111 sebnanye...
[aish..sape lah yg xkan prasan dat tarikh keramat utk tahun ini kan]
wee~

okeh..ade ape dgn 1st day NEWyear ni???

1. HUJAN


ape kene mengene GAMBA ini?

phew~
semustinye PICTURE reveal evrything! ahaxxx
harini memang HUJAN=aku SEDIH sebab kne berpisah dgn AYAH,MAMA
sob3
*eh,knape smpai skarang aku musti touching jike ini berlaku?*
waloapapon mood aku, aku tetap redha berpisah dgn mereke utk menunaikan tanggungjawabku yg banyak itu.
;)

2. MAKAN BANYAK

vah3,,bukannye SEBELOM ni aku xmakan banyak, tapi..sjak due menjak nih aku memang kurang makan tetapi pade hari ini aku full of stomach!
[kek,burger,nc ayam,ayam,dgg msk itam,sayo kacang,ayam msk kari,sayo midin,choclate banana muffin]
hah,tu je yg aku ingat.har3..by the way, kene pastikan after diz kne maintainkn cr makan yg sebelom ini. *sebab aku dah timbang dan aku suka resultnye* jeng3

3. PEGI KENDURI

ha..ni yg aku suka.merapatkan UKHWAH.wee~
walopon aku jrg jmpe mereka,tp skali skale jumpe, buat aku rase gumbira. apatah lagi bile jumpa KANAK2 LAKI yang HENSEM dan MENAWAN JIWAku. har3

4. WATCHING "The Tourist"

MEMANG The PERFECT TRAP lah!

ha...bab ni yang aku paling terlalu amat sangat SUKA!
amek side positifnye,cite ni mengajarku arti kepercayaan itu sgt penting dlm hubungan. Selain itu, keyakinan juga amatlah penting dlm sesuatu tindakan. Kadangkala, Tindakan yg meyakinkan itu dpt mengaburi pandangan org lain terhadap kita. ;)
aku memang suke pon creta2 yg dilakonkan oleh angelina jolie.
cite ni sgt best sbab buat org konpius dgn tajok cerita dan hubungannye dgn flow crita ini.
kemudian, buatkn org tertanya-tanya siapa watak yg dicari padahal memang wujud di dpn mate[yela,dah tgk gune mate] har3
waloapapon,aku SUKA lah! best2!

5. SAMBUNG MAIN GAME


bandar buatanKU

semakin lame aku semakin gian KEMBALI pade game!
haha~
sudahku ingatkan pd diriku supaye jgn sentuh GAME lagi.
Namun, apakan dayaku. Dorongan, ajakan dan godaan budak darjah6 telah berjaya menewaskan benteng pertahananku.ces~ [sengaje nk salahkan budak padehal memang rase nak men. ;p]
waloapapon, aku saje wat printscreen utk game ni sbab nk tnjuk NOMBOR2 yg aku suka tu.
[444], [2222] <---eh,aku suke nombo yg nih la
hehehe


by the way...alhamdulillah..aku gumbira dgn hari itu.
Thank You, ALLAH
;)


* one more: HARI ini juga aku rase aku akan tulis apa yg aku nk TULIS suka hati aku di sini sebab aku mcm malas nk bli diari! xkan ada rahsia tp ada hint! hahaha. HE knows BEST! *