LUQMAN al-Hakim adalah seorang tokoh yang menjadi sebutan masyarakat Islam hingga kini, lebih-lebih lagi apabila menyentuh mengenai mutiara kata dan ungkapan yang baik lagi terpuji.
Kebenaran mengenai kewujudannya suatu masa dulu di perakui al-Quran apabila kitab suci itu sendiri merakamkan nama beliau dan nasihat bermanfaat daripadanya seperti yang dapat diperhatikan melalui surah Luqman.

Dalam satu dialog dengan anaknya, beliau ditanya: "Wahai bapaku sifat manakah yang ada dalam diri manusia yang paling baik?"
Luqman menjawab: Agama.
Anaknya bertanya: Sekiranya ada dua?
Luqman: Agama dan harta.
Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada tiga?
Luqman: Agama, harta dan sifat malu.
Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada empat?
Luqman: Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.
Anak bertanya lagi: Sekiranya ada lima?
Luqman: Agama, harta, sifat malu, akhlak yang baik dan sifat pemurah.
Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada enam?
Luqman: Wahai anakku, sekiranya lima sifat ini terkumpul dalam diri manusia, dialah seorang yang bersih lagi bertakwa. Dia hanya bertuankan kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan.

[aku suka dialog ini. jadi aku letak di sini. semoga mendapat manfaat darinya]
No comments:
Post a Comment