Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah..dapat info lagi hari ini.
Ni ha...
5 JENIS UJIAN
تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك 1-
Sesungguhnya apa yang membebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.
وما أخذ منك إلا ليعطيك 2-
Apa yang Allah SWT ambil daripada kita adalah akan dianugerahkan kepada di Akhirat kelak.
وما أبكاك إلا ليضحكك 3-
Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.
وما حرمك إلا ليتفضل عليك 4-
Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikan daripadanya.
وما ابتلاك إلا لأنه يحبك 5-
Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.
جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه
Semua mereka yang menerima bala atau ujian Allah SWT, Allah SWT akan arahkan Malaikat untuk menjemput mereka di Akhirat kelak dengan FirmanNya : "Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku".
Okay, boleh senyum dah.
smile please!
^^
No comments:
Post a Comment