Thursday, May 26, 2011

hepinye!!!!


ALHAMDULILLAH....

Dari semalam lagi aku mencoba untuk masukkan lagu ini dalam blog
Ahirnya...hari ini tiba juga

ALHAMDULILLAH...

HEpy kan?
Dapat dengar lagu yang kita suke?
Rasa xboleh dah untuk tidak senyum

~wee~

alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah

DIA

DIA terlalu misteri
DIA sukar dijejaki
DIA ada rahsia tersendiri

DIA
Buat aku rasa ingin mencari
Mencari yang tersembunyi
Membongkar semua yang misteri

Ya, itu yang aku cari.

Aku dambakan DIA
Aku mahukan DIA
Oh di mana DIA
Semoga sentiasa dalam lindungan-NYA

Kerna DIA
Aku kental dengan gula-gula jejaka
Kerna DIA
Aku mampu menahan rasa
Kerna DIA
Aku dambakan cinta dari-NYA

Alhamdulillah Ya Rabb
KAU temukan aku dan DIA
Walaupun hanya pada NAMA
Aku tetap rasa bahagia
Moga bahagia ini kekal selamanya

Andai memang tertulis aku untuk DIA
Aku terima seadanya
Andai yang terjadi adalah sebaliknya
Aku senang dengan ujian dariNYA

Kerana...
Diri ini begitu berharga
Bukan senang untuk dimiliki
Hanya yang ESA lebih mengetahui

DIA siapa?
Biarlah rahsia

;)

*bile memori di ingatan muncul kembali, aku jadi begini*
haha~

Tuesday, May 24, 2011

Al-baqarah


Al-Baqarah
-Artinya "lembu"-
-surah terpanjang(286 ayat)-
 -Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain-
 -Dinamai Al Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina -

Ayat 1-50
-Beritahu kita tentang kebenaran al-Quran(tidak ada sebarang SYAK padanya)-
-Golongan2 manusia di dunia:-
*orang bertaqwa*
(solat,sedekah,beriman kpd kitab,beriman kpd perkara2 ghaib)

*orang kafir*
(diberi amaran atau tidak, tetap tidak beriman)

*orang munafik*
[8]
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)
.[11]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12]
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[14]
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.

*orang fasik*
[27]
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.


-Diberitahu juga tentang kekuasaan Allah-
[22]
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

--Allah juga telah MENCABAR sesiapa yang syak tentang AL-QURAN-
[23]
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
-Perihal tentang syurga bagi org yg yg beriman-
-Tentang neraka bg orang yg kafir, munafik-

- Ada juga kisah Nabi Adam dan Hawa-
-Tentang solat dan zakat-
- Tentang nikmat2 yang diberikan kpd Bani Israel-

TO BE CONTINUED...

Sunday, May 22, 2011

Al-fatihah



[ INI apa yang aku DAPAT ]

Al-fatihah
- IBU segala surah (Ummul Kitaab/ Ummul Quran)-
- Surah ini berkenaan Sang Pencipta dengan Ciptaannya-
- Tentang kehebatan ALLAH dan kelemahan MANUSIA-

ALLAH
- Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam-
-Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani-
-Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)-


MANUSIA
- Perlu pertolongan ALLAH untuk ke jalan yang lurus-
-Ada yang sesat, ada yang dimurkaiNYA, ada yang diberi nikmat olehNYA-


*banyak lagi yang aku belum pelajari dan hari ini aku belajar yang ini*
Alhamdulillah
semoga mendapat manfaat darinya



z.O.n.E

Aku dalam zone
zone bersendiri
zone berdikari
Zone mencari-cari

Jadi
aku harus kuat
aku harus tabah
aku harus cekal
Untuk hadapi semua ini

Aku rindu mama
aku rindu ayah
Aku rindu mereka
Oh pahitnya rasa ini

Meski hati ini
Sesungguhnya TAK mampu
Tuk melupakan dirimu
Yang telah kucintai

SENYUM
adalah pengubat jiwa yang berduka

Cukuplah dia bagiku
sebagai penemanku
bila-bila waktu

;)

Friday, May 20, 2011

KEMPEN

Aku buat KEMPEN
kempen 1 hari 1 status " tafsir ayat-ayat CINTA " dalam fb
jike lebih lagi bagus
[AKU mahu tahu dan aku mahu KAMU tahu]
kerna apa
KERNA SAYANG
sekian

C.U.T.I

Cuti
Untuk
Tambah
Ilmu

yup!
ini AIM aku CUTI ini

kenapa cuti ini?
sebab cuti ini peluang
peluang aku mencari segalanya
peluang aku mencari cinta
yang luar biasa
;)

apa-apa pon,
akanku mengarut di sini
yang BEST,
aku kongsi
yang TAK BEST,
ake simpan je kat sini

(^_^)v

what a long-long day

penat
hepy
gelabah
sedih
geram
SEMUA ADA

biasalah.
tiap2 hari begitu.
barulah bahagia hidup

Alhamdulillah
TENANG yang INI bukan TENANG yang SELALU

kenapa?
em...aku sedang dalam proses
proses mencari cinta
TENANG ini yang aku PERLU
sangat-sangat PERLU untuk setiap nafasku
setiap hariku
;)

[ kesah pasal buat akaun maybank ]
honestly, dari dulu memang tidak suka dengan urusan2 rasmi
memang menggugat kesabaran, keimanan, ketenanganku
yup!
sebelum terjadi, tidak dapat mengagak langsung
setelah terjadi, baru perasan perkara itu perkara BIASA bagi aku
heh
1st prosedure je dah FAIL!
cip IC rosak LAGI
[tiap kali nk buat kad macam ni lah]
okey2..kol tmpt kije, dpt pulak panahan kate2 yg menDOWNkan diri ini.
takpe, aku cuba setelkan

[ pergi JPN, buat IC baru LAGI ]
 kali yg ke3 ye
hahaaha
seperti DULU, kali yang ke3 pergi buat IC tanpa dijangka dan terus pergi
ape yang jadi?
datanglah insan yang memakai tudung berwarna CERAH  LAGI untuk buat IC LAGI
okay..dah boring pakai tudung HITAM pinjam dari bilik, aku pilih tudung MERAH
lol!
memang canteklah warna ICku nanti
berwarna-warna
*staf kat situ bagi semangat, boleh bukak akaun gune dokumen sementara sbb IC dpt 2minggu lagi*

[ pergi maybank lagi untuk mencoba naseb ]
sah-sah orang yg 1st aku jumpe kt maybank pg tadi kate hanya IC saje yg boleh gune utk bukak akaun,
aku rajenkan diri tanye macam buat2 tak tahu
jawapannya: tetap SAMA.memang xboleh.
okey, dah hepy dah bile keluar dr maybank
(lantak kau lah wahai kerja, xdapat, cari lain)

[kol kembali pihak tempat kerja]
buat aduan lagi tanpa rasa takut dan sedih mcm yg 1st kol tadi
*biarlah die nk bagi aku kerja ke tak, aku tak mahu kesah dah*
and then....
alhamdulillah..die pon suruh je datang kerja.
okay..pergi kerja ye.
;)

[ cari baju kerja ]
oleh kerana memang xpernah pon nak cari baju untuk kerja,
aku agak memilih lah kan baju yg macammana
alhamdulillah...
dapat dan terus balik sebab dah penat

[ sampai rumah ]
okey, baru perasan yang seluar SLACK pulak tiada langsung dalam simpanan
okey
SENYUM
tak mahu fikir dah
nak tidur saja
SELAMAT MALAM

-------------------------------------------------------------------------------

ini apa yang aku rasa

hidup sa-orang tidak senang
sabar mesti ada
tenang mesti ada
kuat mesti ada
berani mesti ada
yakin mesti ada

biarkanlah rasa-rasa yang datang
itu semua anugerah tuhan
cuma ambil dan hilangkan saja
dan
ucap alhamdulillah
kerna 
UJIAN ITU INDAH

;)



Tuesday, May 17, 2011

12 MEI 11

Tanggal 12may11, suatu RASA yang x dapat diungkap dek kata-kata menjelma akhirnya.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Itulah KATA KERAMAT yang berjaya mengatasi RASA itu.
Dengan SENYUMAN yang tak lekang dari bibir, aku menulis seSKEMA ini.

haha~
itu saja yang mampuku luahkan.

eh! sebenarnya ada lagi. Banyak lagi...

1st  
 Aku sudah HABIS exam tepat jam 1330 tadi. 
ALHAMDULILLAH
2nd  
Aku pegi cari KERJA. oh, susah rupenye nak cari kkerja ya.
 [bagi yang xpernah ade pengalaman berkerja sepertiku lah]
3rd
Esok nak pi mandi ayaq terjun! yey!
[bape kali chance mandi-manda aku tolak]
ALHAMDULILLAH
4th
Malam ni kluar juge
ronda-ronda bersama housemates
ALHAMDULILLAH
5th
TIDAK lupa juga dengan berita result bakal keluar 18/19 mei nih.
hey! baru 4,5 hari kot!


ALHAMDULILLAH

okay.cukuplah setakat itu.
[yang len simpan dlm poket]

ALHAMDULILLAH
alhamdulillah
ALHAMDULILLAH
Syukur Ya ALLAH
atas segala RASA yang KAU berikan ini.



haa.....tentang encik 

EXAM!


Aku sudah rasa TENANG
Aku sudah redha
Aku mahu TAWAKAL saja
Aku tahu usahaku tak sebanyak mana
Aku tahu DIA yang berKUASA menentukan segalanya
Aku hanya berSEDIA untuk menerima segala kemungkinan
ALHAMDULILLAH

diberi bermacam-macam UJIAN sepanjang perjalanan


INGAT!!!
UJIAN itu INDAH
;)


suatu MASA

Suatu masa,
Aku rasa tidak punya apa-apa
Suatu masa
Aku rasa tidak punya segalanya
Suatu masa
Aku rasa semua tidak kena
Suatu masa
Aku rasa kosong saja

DAN.....

Satu masa
Aku rasa diri ini lalai saja
Satu masa
Aku rasa diri ini hampir lupa
Satu masa
Aku rasa diri ini mudah alpa

NAMUN....

Suatu masa
diri ini sudah cukup kuat untuk segalanya
Suatu masa
diri ini sangat tahan dengan semuanya
Suatu masa
diri ini memang boleh menangkis segalanya
Suatu masa
diri ini takkan goyah walaupun seketika

Oh....

Suatu masa...

aku tahu ini semua mainan jiwa
aku tahu ini semua perhatian dariNYA
aku tahu ini semua rancangan dariNYA

Oh..
kadangkala aku rasa sudah tidak berguna
kadangkala aku rasa sudah tiada masa
kadangkala aku rasa semua sudah terlambat

tetapi...
dari sudut yang ITU,

aku tahu memang ini jalannya
aku tahu memang ini caranya
aku tahu memang ini solusinya

untuk aku..
kembali kepadaNYA
iaitu sang PENCIPTA

Ya ALLAH
diri ini sangat lemah,
diri ini sangat berdosa
diri ini tiada apa-apa
cuma KAU saja
yang aku ada
untuk fahami segala rasa

semoga masa itu tiba
semoga ALLAH redha~

[kata-kata dari insan yang tiada apa]

Tuesday, May 3, 2011

::. tidakkah kamu berfikir .::



Belajarlah kerana Allah!. Berusahalah kerana Allah!. Praktikkan apa yang dipelajari. Usah fikirkan keputusan baik atau buruk kerana urusan itu adalah urusan Allah yang di Langit. Allah sama sekali tidak akan mempersoalkan hasil yang didapati, sebaliknya Allah akan mempersoalkan apa 'usaha' yang anda telah lakukan!. Bertaqwalah kepada Allah, rebutlah rahmatNya. Nescaya anda akan berjaya di dunia dan di akhirat."


Manusia : Kenapa aku diuji? 
Qur'an : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2)

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)


Manusia : Kenapa aku gagal? 
Qur'an :
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci, boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia : Kenapa aku diberi ujian seberat ini? 
Qur'an :
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)

Manusia : Aku frustasi! 
Qur'an :
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia : Bagaimana aku harus menghadapinya? 
Qur'an :
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (Al- Baqarah : 45)

Manusia : Apa yang aku dapat dari semua ini? 
Qur'an :
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. (At-Taubah : 111)

Manusia : Bagaimana menguatkan hatiku? 
Qur'an :
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. (At-Taubah : 129)

Manusia : ...................???
Qur'an :
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87) 


Sunday, May 1, 2011

Pernah terfikir Tak?



Pernah terfikir tak?
kenapa aku share kat wall pasal ape yang aku tulis kat blog ini?


Aku baru terfikir ni

Dan ini jawapannya:



- Hey! itu WALL AKU lah! bukannye WALL KAU pon. Suka hatilah aku nak post apape pon.




-Ha, post nih rasanya boleh bagi manfaat utk orang lain jugak.





-Tiba-tiba aku nak post, nak buat macammana


-Aku tak rasa malu nak post pasal entry tu [sebab tu bukan each entry aku post]



-Aku nak bagi someONE/two/3/4 baca entry yang aku tulis tu




Okay
itu semua jawapan yang kukuh dari aku
Sekian.
(^_^)v

Otak oh Otak

Ye!
Semakin hari semakin BOSAN!
tak percaya?
tolong lah percaya!

Tiap hari main game
Tiap hari tidur lebih
Tiap hari tengok laptop
Tiap hari tidur tak tentu
Tiap hari macam sama je

oh
itu sangat bahaya tu!
sepatotnye hari INI lebih baik dari SEMALAM
hari ESOK lebih baik dari hari INI
huh!
apa mahu jadi dengan diri ini?
phew~

okay2
tadi time bangun tidur, rasa otak semakin LEMAH
[alamak, sudah bpikiran negatif ni]
tidak mengapa, biar sedar diri
:)

Setelah rasa sudah cukup maklumat yang dikumpul, aku dapat yang ini:

Cara untuk aktifkan otak



-Cari hobi baru
yeah!
lets find a new hobby!

-ubah rutin harian

-belajar bahasa asing

-main puzzle/sudoku/strategy game
(ni yang aku paling suka)

-aktifkan tangan yang non-dominan
(time buat kerja2 harian: iron, cuci baju, dsb)

-exercise setiap hari


Cara Hilangkan stress

-Dekatkan diri kpd ALLAH
Ini yang UTAMA.
"Dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi TENANG"

-kawal pernafasan
(bernafas sedalam-dalamnya, tahan nafas sebentar, hembus perlahan-lahan)
motif: biar oksigen sampai ke seluruh bahagian otak

-senyum dan positifkan minda anda
(untuk dapatkan positif mindset, kite perlu gabungkan cara imagination[visual] dan ayat2 yang positif)
Contoh: sambil suruh minda jadi positif, masukkan ayat2 seperti : saya mahu berjaya dan saya impikan diri saya dapat segalanya yang saya mahu

-Tangani masalah dengan cara PDCA
(Plan-Do-Check-Action)


okay.cukup sampai di sini saje.
Semoga aku boleh buat yang semua itu