Assalamualaikum.
Setelah mengisi masa menziarah blog-blog, stalk profile-profile, tengok gambar-gambar, baca mesej-mesej,
aku baru sedar yang aku rindu korang lagi lah. haha.
Semakin hari semakin berperasaan aku nih. [tahniah buat diri sendiri]
Zaman yang aku paling suka semestinya zaman aku sekolah menengah sebab masa tu aku menambah kawan banyak-banyak sesuka hati aku tanpa mengira jantina, umur, asal dan rupa. haha
Disebabkan tu, aku jadi lebih matang dengan perangai yang namanya manusia.Macam-macam yang aku belajar dari semua, dari mereka. Terima kasih semua.
Kini, kawan pon tambah dan bertambah lagi. Cuma yang pasti, aku tak mampu nak jadi macam yang dulu lagi.
Aku terlalu berhati-hati untuk menambah kawan lagi.
Aku risau. Aku rasa tak yakin dengan diri sendiri.
Sejak aku lihat dunia ni bukan sebagai tempat untuk aku bersuka ria pada bila-bila masa di mana jua aku berada, aku jadi risau dengan semua, aku rasa bersalah pada semua. Banyak salah aku pada semua tidak kiralah aku kenal kau dengan title apa. Seriously. Teringin nak gather beramai-ramai macam dulu, tapi aku tak tahu nak isi dengan apa. aku tak tahu nak cerita apa, nak gelak ketawa pasal apa dah.
Aku minta maaf pada semua. Aku tak mampu jadi kawan yang baik untuk anda.
Ramai dah yang aku lalaikan dari dulu lagi. Banyak yang jahat tu aku yang ajar. Aku ingat semua tu.
Yang teruk, yang jahat, aku ingat semua. Allah, banyak betul salah hamba.
Sekarang macam mana? entalee..tu lah yang selalu aku sebutkan. Aku tahu aku perlu lakukan sesuatu untuk betulkan semua. Semua? oh, sempat ke nak betulkan semua? Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Aku punya dua jenis kawan. Kawan realiti, kawan maya.
Kawan realiti? Yup, kawan yang aku kenal dan pernah jumpa. Kawan yang ini yang kenal aku bagaimana. Kawan yang ini yang tahu siapa aku sebenarnya. Kawan yang ini yang selalu berkongsi suka dan duka. Berkongsi cerita dan berkongsi bahagia. Almost rahsia mereka aku tahu. Tapi aku? mungkin sebaliknya. Aku terlalu berahsia. aku terlalu sukar untuk memberi rahsia. Kerna bagi aku, tiada rahsia untuk dicerita.
Sebenarnya kawan, aku ini pemalu. dari dulu lagi aku cakap. aku pemalu, tapi kawan semuanya tak setuju. senyum jelah yang aku mampu. kan? ^^
Kawan maya? Haha, ini kawan aku sudah mula jumpa di awal usia 12tahun lagi. [okay, nak gelak guling2]
Time zaman budak sebaya aku semua dok kenal kawan yang jumpa muka tapi aku? haha. Alhamdulillah..Allah bagi chance untuk aku cepat mngenal dunia. Zaman sekarang ni, budak2 dah advance dah. Time baby dah ada FB, just imagine umur berapa mereka ada kawan maya? Jeng3. Sebab tu aku risau dengan dunia. Dunia ini dalamnya banyak yang sia-sia. Hanya sedikit sahaja mampu menilainya.
Ha, tentang kawan maya ini, ada yang aku percaya, ada yang tak boleh percaya. Yang boleh percaya aku panggil sahabat dalam keimanan. Senang ja nak kenal mereka. Rahsia mereka, aku tahu juga. Entale.. [kalo aku buat buku rahsia-rahsia manusia, mesti tebal kan? kalo ingat semua lah] haha. Kepada yang dipercaya ini, rahsia ku kadang2 mereka tahu juga. Itu kelebihan mereka di alam maya. sebab dalam maya, aku amalkan give and take. kau bagi, aku ambil, aku bagi kau ambil. kau buang, aku pun buang. Simple. ^^
Yang tak dipercaya pula, aku kawan untuk kenal jenis manusia. macam-macam ada. macam-macam style aku jumpa. macam-macam niat ada. dari situ, aku tahu cara manusia. Menarik yang namanya manusia. Alhamdulillah..tak pernah jumpa alien lagi lah. ^^
Okay, now sesi memohon maaf lagi. Huhu. Aku risau tak sempat nak mengucapkannya.
Yela, tempat kita tak sama, yang sama pun belum tentu jumpa.
Aku banyak buat salah pada korang. Aku silap bila tak tegur salah korang. Tu silap aku yang paling besar.
Aku tahu tu salah, aku biarkan saja. Aku minta maaf, Aku minta maaf, Aku minta maaf. Aku minta maaf, aku tak kuat untuk menegur korang. Aku selalu jadikan pengajaran untuk diri sendiri saja. Terima kasih yang sentiasa memberi nasihat dan ingatan untuk aku. Korang memang lebih berani dari aku. Semoga sentiasa mendapat rahmatNYA.
Sekarang, memang tujuan hidup aku untuk yang baik-baik sahaja. Aku benci dosa, bukan pendosa.
Sebab tu aku nak minta maaf pada semua. Kita ni pendosa, marilah buang dosa. Jadilah pendoa.
Minta petunjuk dariNYA.
Kalo sempat, aku nak jumpa semua. Insya Allah, aku akan arrange masa.
Thank you for being my friend. Jaga diri, jaga hati. Ukhwah fillah, Luv u fillah.
^^
p/s: aku tak pergi mana-mana. masih ada di dunia. kalo aku pergi mana-mana, maknanya aku pergi dari dunia. Itu maksud aku dengan 'Kalo sempat'. ^^
No comments:
Post a Comment