wahai muda kenali dirimu, ialah perahu tamsil tubuhmu, tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu.
Monday, January 30, 2012
HIDUP Biar Sampai MATI
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Allah bagi petunjuk lagi.
Allah bagi peringatan pada diri yang kejap hidup kejap mati ini.
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Alhamdulillah..melalui sahabat keimanan, aku dapat petunjuk dari Allah.
Alhamdulillah.. segala pujian bagi Allah.
Baru aku sedar sesuatu.
Manusia ini, ada yang banyak keadaannya.
Ada yang HIDUP sampai MATI.
Ada yang MATI sebelum MATI.
Ada juga yang kejap HIDUP kejap MATI dan akhirnya MATI.
Sungguh, memang RUGI lah mereka yang keadaannya tidak HIDUP sampai MATI.
Amatlah rugi.
Mereka yang HIDUP sampai MATI ini tidak akan mensia-siakan HIDUP mereka.
Mereka yang HIDUP ini tidak ada masa untuk membuang masa.
Mereka yang HIDUP ini sangat tersusun kehidupannya.
Mereka yang HIDUP ini sangat bagus hubungannya dengan Sang Pencipta.
Mereka yang HIDUP ini bagus juga hubungannya dengan manusia.
Aku mahu menjadi seperti mereka.
Ya, aku mahu.
Aku juga mahu mereka yang di sekelilingku juga begitu.
Contoh yang TERBAIK ialah Rasulullah SAW.
Baginda sentiasa HIDUP sampai saatnya baginda wafat.
Memang layaklah baginda sebagai ketua bagi umat manusia.
HIDUP yang sebenar itu HIDUP yang tak pernah lupakan Ilahi.
HIDUP yang sebenar itu HIDUP yang mengutamakan Ilahi.
HIDUP yang sebenar itu HIDUP yang jauh dari larangan Ilahi.
Itu yang aku faham tentang HIDUP.
Aku mahu HIDUP yang sebegini.
Aku akan melawan sesiapa yang cuba menghalangi.
Aku dah bosan dengan dunia yang penuh dgn korupsi.
Biarlah aku dipandang pelik lagi.
Memang dari dulu kan.
^^
Ini pula pesan atuk. Atuk yang ku kenal hanya sebagai saudara seagama.
" JANGANLAH MENJUAL KENIKMATAN AKHIRAT YANG KEKAL DENGAN MEMBELI KENIKMATAN DUNIA YANG SEMENTARA."
Terima kasih atuk. Semoga sentiasa dirahmatiNYA sampai bila-bila.
Labels:
kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment