Friday, January 13, 2012

wasiat si penyambut hari jadi


wasiat ini untuk semua
tidak kira rupa dan bangsa
yang penting sama agama
kerna kita, semuanya bersaudara.


wasiat ini ditulis bertujuan untuk menyampaikan pesanan.
mungkin tahun ini tahun yang terakhir untuk si penyambut hari jadi
mungkin. siapa tahu? 
hanya DIA yang Maha mengetahui.


alhamdulillah...
sudah 21 tahun hidup di dunia ini.
Alhamdulillah..
Allah beri peluang untuk menebus dosa-dosa dalam diri
Alhamdulillah..
diberi peluang untuk menulis entri ini.





kehidupan duniawi.
menurut pandangan si penyambut hari jadi,
dunia ini penuh korupsi
dunia ini punca semua tragedi
dunia ini tiada kebahagiaan hakiki.


itu tidak bermakna dunia ini tiada kelebihan tersendiri.
menurutku lagi,
dunia ini ladang menyemai amal bakti
dunia ini tempat mencari cahaya abadi
dunia ini peluang untuk hamba-hamba ke syurga hakiki.


dengan dunia, kita boleh mengenal semua benda
dengan dunia, kita boleh memilih apa yang kita suka
dengan dunia, kita boleh ditipu tanpa diduga.
ramai manusia yang tidak perasan akan hakikat dunia.


" tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia"


penulis sudah penat dengan dunia.
sudah penat dengan korupsi yang berleluasa
tidak betah hidup senang di dunia.


sungguh, sangat beruntung kepada sesiapa yang tidak mengenal dunia sebenar.



penulis pernah terfikir ini:
dahulu, aku punya sahabat. beliau sudah meninggal dunia seawal usia 16 tahun. 
aku fikir : untungnya dia. tidak melihat dunia yang nyata. kenapa bukan aku yang pergi dahulu sebelumnya?


lalu penulis bermuhasabah semula.
"mungkin aku lebih banyak dosa. kerna itu Allah beri peluang untuk aku menebusnya. oleh itu, Allah beri aku nyawa untuk aku menebus dosa. Alhamdulillah.."


benarlah orang kata, siapa yang pergi dahulu, Allah sayang padanya.
tapi bukan bermakna yang masih hidup itu semuanya mendapat murka.
Allah sayang juga. tandanya, ujian-ujian yang selalu menimpa.
itu maknanya Allah sentiasa perhatikan kita dan Allah mahu kita ingat padaNya. 
Maka, rugilah mereka yang merasa tiada ujian yang menimpa.


berbalik kepada kisah tadi..penulis fikir lagi. 
aku hidup ada tujuannya. untuk apa? untuk mengajak manusia kepadaNya. mungkin.
satu sahaja yang aku tidak pernah lupa tentang arwah. 
arwah cakap: rasa tak senang hati bila tak baca sehalaman quran lepas solat sebab mak dah pesan macam ni.
[Ya Allah, mungkin sebab ini Allah lebih sayang arwah. Sedangkan aku? macam "chipsmore" amalannya. Ya, mungkin sebab inilah Allah beri aku peluang lagi. Alhamdulillah.]
* Penulis akan recall kembali kata-kata arwah jika penulis jauh dari ayat-ayat cintaNya. *


Wahai anda semua, 
berikan peluang hati untuk membuka mata, Insya Allah akan dapat petunujuk dariNYA
berikan peluang hati mencari cahaya, Insya Allah akan diberi olehNYA.
yang penting, kita berusaha, kita meminta.
jangan pernah jemu, jangan pernah berputus asa.


Kita sering lupa dengan kehendak hati.
kita sering lebihkan kehendak nafsu.
hati itu milik Allah,
DIA yang membolak balikkan si hati.
mohonlah dariNYA, tetapkanlah hati kita untukNYA.
Itu penting jika kita mahu bersama-sama ke syurgaNya.
Kawallah nafsu kita. 
Itu punca terbesar syaitan mudah menjerat kita.


bumi pun semakin berusia
bila tiba masa, 
akan musnahlah semuanya
ketika itu dimanakah kita?
apakah kesudahannya?
bermuhasabahlah sentiasa.
semoga memdapat petunjuk dariNya.




semoga kita semua dapat berubah ke arah yang lebih baik dan sentiasa dirahmatiNya.
Insya Allah.
^^


hadiah untuk anda: 







Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (22). Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (23). Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24).
Surah Al-Hasyr (ayat 22-24)

Dipetik dari Tafsir Ibnu Katsier.
Ma’qil bin Yasaar r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw bersabda: ” siapa yang membaca “A’udzu billahis sami’il aliim minas syaithanirrajim 3x kemudian tiga ayat terakhir dalam surat al-Hasyer, maka Allah meyerahkan padanya tujuh puluh ribu malaikat membacakan doa baginya sehingga sore, dan jika mati pada hari itu ditulis mati syahid, dan jika dibacanya di waktu petang maka ia mendapat kedudukan seperti itu yakni hingga pagi. [Riwayat Tarmidzi, Ahmad]

( amalkanlah. tak rugi. ^^ )














No comments: